Full Width CSS

Masih Ada Yang Tak Tahu Mengenai BR1M 2.0 @NajibRazak @rizalmanmokhtar #bn4wp @UMNOWP

Kecoh dibuatnya petang tadi di tapak Pasar Malam Sg Besi, apabila Pemuda UMNO Bandar Tun Razak membuka booth untuk mengedarkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.


Pemuda UMNO yang diwakili oleh pergerakan Utusan Pemuda iaitu sebuah unit yang diwujudkan bagi tujuan hebahan dan menyampaikan informasi serta dasar Kerajaan kepada rakyat secara lebih dekat berjaya menunjukkan hasil positif hari ini.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak dan Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Rizalman Mokhtar, lebih 2,000 borang telah dikeluarkan hari ini dan sambutan yang diterima sungguh menggalakan dan mengujakan.

"Walaupun umum mengetahui pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh didaftarkan secara online, tetapi apa yang Utusan Pemuda lakukan adalah sebagai pemudah cara bagi rakyat untuk memohon dan termasuklah membantu mengisikan borang tersebut".


"Kita terperanjat apabila mendapati ada di kalangan kumpulan sasaran BR1M 2.0 tidak mengetahui akan skim bantuan ini diadakan untuk mereka. Dengan adanya Utusan Pemuda, kita telah membantu menerangkan sedikit sebanyak mengenai BR1M 2.0 ini".
- Datuk Rizalman Mokhtar

Beliau turut menambah, program edaran ini akan diteruskan ke setiap pasar malam sekitar Bandar Tun Razak.

Untuk rujukan, BR1M yang termaktub di dalam Bajet 2013 seperti telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak menyebut BR1M 2.0 kali ini diperluaskan untuk individu bujang.


Kriteria yang ditetapkan adalah seperti di bawah ;
- bujang
- balu / janda / duda, tiada tanggungan
- 21 tahun ke atas
- jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah.


Kerajaan menggandakan peruntukan melebihi RM2.2 billion dan terdapat lebih 11 juta penerima BR1M 2.0 akan mula mendapat bantuan ini seawal tahun depan, 2013.

Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mendaftar secara online atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0.
Bagi penerima yang ingin mengemaskini data sedia ada seperti pertukaran alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula.


Download borang BR1M di sini.
Mendaftar secara online di sini.


* kesian betol pada mereka yang tak tau pasal BR1M 2.0 ni.

Post a Comment

0 Comments