Full Width CSS

PDM Wilayah Persekutuan Disuntik Semangat Perangi Pembangkang @MuhyiddinYassin @RajaNongChik #PRU13 #bn4wp


Pertemuan Timbalan Presiden UMNO, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam bersama Ketua-Ketua Peti Daerah Mengundi (PDM) Wilayah Persekutuan dilihat sungguh bersemangat dan menakjubkan. Jika dilihat pada kedatangan pegawai-pegawai peringkat PDM menunjukkan kehadiran hampir 100%.



Ia sekali gus memberi mesej jelas bahawa Barisan Nasional (BN) melalui UMNO bersungguh-sungguh ingin merampas semula Parlimen-Parlimen yang terlepas ke tangan Pembangkang pada PRU yang lepas.

Program semalam juga membuktikan hampir pegawai di 240 PDM dari seluruh Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan sanggup mengetepikan kepentingan peribadi dan urusan kerja semata-mata untuk mendengar taklimat dan amanah yang disampaikan oleh Tan Sri, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.


Dalam ucapan YBhg Tan Sri, beliau mengingatkan kepada keseluruhan jentera PDM supaya perhebatkan gerak kerja tugas kerana kemenangan dan kekalahan sesuatu kawasan PDM terletak kepada kesungguhan mereka berusaha untuk memenangkannya.

Jentera BN harus ingat bahawasanya WP perlu menang di semua kawasan-kawasan yang diletakkan khas sebagai kawasan boleh menang.



Berucap terlebih dahulu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik ketika berucap, beliau menggesa usaha yang dilakukan hari ini di setiap PDM dipertingkatkan dua kali ganda berbanding sekarang kerana PRU 13 akan datang dirasakan sebagai Pilihanraya yang sangat mencabar buat keseluruhan jentera BN.


 
Kesungguhan ini diperlihatkan untuk membuktikan bahawa ke semua peringkat bawah telah bersedia dengan gerak kerja menuju ke PRU 13 dan hanya menunggu gendang perang dipalukan oleh YAB Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Razak kelak.

Pada perjumpaan petang semalam, Ketua-ketua PDM telah membaca ikrar taat setia terhadap parti dan merangkumi akujanji tidak akan mensabotaj parti pada PRU 13 ini. Bacaan ikrar dipimpin oleh Setiausaha Kerja (SUK) Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan sendiri, Saudara Kamarudin Hassan. 


Diharapkan dengan perjumpaan sebegini akan menyuntikan semangat kepada hampir 60,000 jentera PDM BN untuk terus berjuang memastikan kemenangan BN di WP, Putrajaya dan Labuan.


Kemenangan BN bergantung harap kepada usaha semua pihak di PDM. Setiap PDM ada peranannya tersendiri dan strateginya menjayakan kemenangan BN pada PRU 13 nanti. Usaha terserah kepada PDM samada untuk mencapai hasrat BN ataupun tidak.

Post a Comment

0 Comments