Full Width CSS

@PDRMsia Perlu Siasat Serapi Mungkin & Jangan Biarkan Pisang Berbuah Dua Kali


Susulan tindakan seorang wanita Indonesia membuat laporan Polis kononnya dirinya telah diperkosa oleh tiga individu yang merupakan anggota Polis.

Saya pasti kalangan pembaca juga turut mengetahui akan hal berkenaan dan membaca mengenainya dalam dada-dada akhbar serta ruang-ruang blog semasa.

Bukanlah niat saya sengaja mencabuli atau buat-buat sibuk dengan urusan Polis dan mengusik sesiapa saja yang terlibat secara langsung dalam hal ini. Cuma cadangan saya agar kes ini perlu disiasat begitu rapi dan tiada ragu-ragu dalam keputusan siasatan.

Pihak yang terlibat perlu memastikan agar segala proses serta dokumen siasatan tidak terlepas kepada mana-mana pihak yang memang tidak terlibat langsung dalam siasatan ini. Kerana dikhuatiri bakal merosakkan nama baik Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Saya prihatin dengan PDRM yang sering kali menjadi mangsa keadaan kritikan umum. Namun kejadian seperti ini sebenarnya boleh mencalarkan institusi badan beruniform DiRaja ini.

Kebimbangan saya, kejadian seperti yang didakwa Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengenai warga Cina disuruh berbogel dan ketuk ketampi dalam lokap akan berulang.

Semua pihak cemas sehingga menyebabkan Pak Menteri bergegas terbang ke China meminta maaf bagi pihak kerajaan Malaysia.

Siasat punya siasat secara mendalam mendapati, si pesalah wanita tersebut merupakan warganegara Malaysia serta berbangsa Melayu dan tiada kena mengena dengan warga China seperti didakwa.

Ingat !
Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.

Pelbagai kemungkinan boleh didapati jika siasatan secara details dilakukan.

Seperti dalam halaman surat khabar hari ini juga tersiar Polis berjaya menangkap tiga individu menyamar sebagai anggota Polis.

Paling menariknya mereka berumur 15 sehingga 32 tahun dan mempunyai kelengkapan seperti anggota Polis yang sebenar kecuali pistol je takda.

Daripada tangkapan ini, beberapa kes peras ugut yang menggunakan nama baik PDRM di sekitar daerah berkenaan boleh disimpulkan sebagai berjaya diselesaikan.


Update via My BlackBerry® Smartphone Powered By Barisan Nasional

Post a Comment

0 Comments