Full Width CSS

Tali Barut DAP Komunis Di Dalam DBKL. Datuk Bandar Tolong Jawab !! - 4 Hari Untuk Bagi Jawapan


Kalau tak ada tali barut DAP dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), masakan hal ini boleh bertukar tangan dan terkeluar dari rancangan asalnya?

Perancangan asal hal ini berkisarkan lesen perniagaan serta nasib penjaja-penjaja Cina di OUG, Jalan Klang Lama sudah lama berpanjangan dan tiada pihak yang sudi menghulurkan tangan menyambut salam bantuan di sini.

Rentetan hal tersebut, atas rasa tanggungjawab dan sentiasa menjuarai rakyat, UMNO Seputeh melalui Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional (BN) Seputeh telah sudi membantu para penjaja Cina ini dan permasalahan mereka ini dibawa ke atas dan berjaya diselesaikan secara berperingkat bermula bulan Julai 2012 yang lepas.

Hasilnya sebanyak 80 lesen telah diluluskan dan 60 lesen telah pun diedarkan kepada penjaja yang terlibat.

Rujuk di sini gambar program penyerahan lesen² yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat BN Seputeh.



Sepatutnya balance 20 lesen diserahkan dalam masa terdekat oleh pihak yang sepatutnya di sini. Namun sesuatu perkara di luar kawalan terjadi.

PERSOALAN PERLU DIJAWAB DBKL

Mengapa tiba-tiba balance penyerahan 20 lesen tersebut di sub kan pada DAP Seputeh?

Bukankah ia patut diserahkan pada pihak yang berusaha dan bersusah payah naik turun serta menguruskan hal ini di DBKL iaitu UMNO Seputeh?

Bila ditanya pada DAP, mereka senyap membisu buat-buat tak tahu tapi apakan daya DAP kantoi dalam sms mereka kepada 20 orang penjaja Cina di sana.

Perkara ini diberitahu sendiri oleh kalangan 20 orang penjaja yang hairan mengapa tiba² mereka mendapat pesanan ringkas (sms) daripada DAP Seputeh. Lihat di bawah.


Maksud :
"Kamu punya OUG Jalan Hujan Rahmat, Original Lesen sudah sedia dan berada di pejabat kami, sila datang pada (7/11) 2pm-4pm untuk kutipan. Terima kasih"

Apa hebatnya DAP yang diutamakan dan diagung²kan DBKL di sini? Adakah kerana Parlimen Seputeh ini dikuasai DAP atau...

Berbalik pada persoalan utama di atas sekali, adakah terdapat dalang, hantu atau tali barut DAP komunis di dalam DBKL?

Saya mendapat tahu akan hal ini dari kepimpinan UMNO Seputeh ternyata sangat kecewa dengan pihak-pihak berkepentingan yang memotong usaha UMNO tang corner.

Datuk Bandar, Ahmad Phesal pernah mengatakan bahawa gejala 'hantu-hantu' di dalam DBKL dapat dikawal tapi...

Rasanya pihak yang terlibat di dalam DBKL mempunyai jawapannya kan. Mohon untuk berikan jawapan dalam tempoh 4 hari.



Baca lagi di sini cerita yang sama :
Suara Razlan

Post a Comment

2 Comments

  1. Bongkar.. Terus membongkar..

    ReplyDelete
  2. DBKL ni jabatan yg bagus dari pelbagai sudut dan DBKL banyak menjadi contoh kepada Majlis Bandaraya & Perbandaran tapi apa yang blogger Rezqen Hill tulis ini memang wujud sebenarnya di mana2 jabatan. Mohon untk terus pecahkan lg segala kemungkaran dlm jabatan kerajaan.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..