Full Width CSS

Confirm Tiada Debat Antara @RajaNongChik Dan Ahli Parlimen Twitter Si @n_izzah

\

Tiada sebarang debat yang akan berlangsung antara Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, pada hari ini seperti mana yang digembar-gemburkan.
 
Setiausaha Penyelaras BN Lembah Pantai, Datuk Mohamad Sazali Kamilan, berkata, ia berikutan sepanduk telah dipasang dan risalah juga sudah diedarkan dengan menamakannya 'Debat Perdana Lembah Pantai' berserta jemputan kepada umum dibuat untuk hadir pada jam 9.00 malam bertempat di Apartmen Pantai Permai.

Menurutnya ,perkara itu langsung tidak ketahui oleh pihak BN Lembah Pantai termasuk Raja Nong Chik sendiri dan mendakwa pihak pakatan pembangkang bertanggungjawab terhadap perkara itu.

"Bukan sahaja sepanduk dan risalah tetapi media media baru kendalian pihak Pakatan tersebut telah pun menyebar luaskan fitnah zaman moden ini.

"Tindak tanduk terbaru ini tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat serta memesongkan fikiran rakyat dari membincangkan statusnya (Nurul izzah) sebagai wakil rakyat yang sememangnya tidak bertanggungjawab dan tidak berminat pun untuk menyelesaikan permasalahan rakyat," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.
 
Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat oleh Ketua Penerangan BN Lembah Pantai, Datuk Ibrahim Tamby Chik, di Balai Polis Traves, petang kelmarin.

Dalam laporan tersebut menyebut Nurul Izzah sengaja menimbulkan provokasi dan fitnah yang ingin merosakkan nama baik, maruah, dan reputasi Raja Nong Chik sebagai orang yang mungkir janji sedangkan isu debat itu tidak pernah dipersetujui.

"Saya beranggapan ini sebagai satu pembohongan yang sengaja dilakukan," katanya dipetik dari laporan polis yang dibuat.

Update via My BlackBerry® Smartphone Powered By Barisan Nasional

Post a Comment

0 Comments