Full Width CSS

100 Tegar PAS Sertai UMNO #1Malaysia #TolakPR


Kira-kira 100 ahli PAS dari Kampung Pening Lalat, Gual Tokdeh bertindak drastik menyertai Umno selepas kecewa dengan sikap pemimpin parti itu yang disifatkan semakin bongkak.

Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal PAS di kampung tersebut malam tadi.

Ahli PAS, Yaacob Mahmood, 78, berkata, dia mengambil keputusan menyertai Umno kerana berasa terhina dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan bantuan Kerajaan Pusat seperti memberi makan ayam dan lembu.
"Nik Abdul Aziz sendiri pernah mengajar supaya terima apa sahaja yang diberikan Umno. Tapi sekarang lain pula. Itu tidak mengapa, tetapi kalau sampai tahap menghina begini, saya tidak boleh terima. Kami ini manusia bukan haiwan.

"Sejak 22 tahun PAS memerintah juga, tidak ada sebarang hasil pun yang kami dapat. Tapi Umno tidak pernah abaikan kami meskipun tahu kami penyokong tegar PAS," katanya ketika ditemui dalam majlis tersebut.

Seorang lagi penyokong PAS, Rosanah Yaacob, 47, memberitahu, dia tidak pernah mengundi Umno kerana menganggap PAS sebagai parti Islam mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat di dunia dan akhirat.

Namun, katanya, tanggapan itu meleset kerana prinsip PAS semakin berubah sejak bersekutu dengan DAP dan PKR sehingga sanggup menggadai akidah orang Islam terutamanya dalam isu kalimah Allah.

"Sekarang mereka nampak sangat angkuh. Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menghina terhadap sesama manusia apatah lagi beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyat," katanya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Sudah le miskin harta, jiwa pun miskin juga, dulu berada dalam PAS selamat berpuluh tahun tiada pulak rasa terhina dengan berbagai kerenah PAS yang tidak membawa keuntungan kepada Islam dan Melayu, tapi bila dapat BRIM 500 hati dah mula berkata PAS menghina mereka. PAS tiada guna langsung dalam mempertahankan Ugama Islam dan Melayu, hanya UMNO sahaja yang mampu. Esok dalam UMNO bila terguris sedikit keluar pulak sertai PAS ye.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..