Full Width CSS

Cara Kami Meraikan Hari Polis Ke 206 Tahun @PDRMsia #1Malaysia

Lain tempat mungkin lain caranya meraikan sesuatu hal yang terjadi. Begitu juga sambutan yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak yang diketuai oleh Datuk Rizalman Mokhtar merangkap Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan hari ini meraikan Hari Polis ke 206 Tahun di balai² Polis seluruh Parlimen Bandar Tun Razak.

Mungkin sambutan Hari Polis tahun ni berbeza daripada tahun² sebelumnya yang mana pada tahun ini boleh diibaratkan sebagai sambutan yang bermakna disulami duka dan mungkin mempunyai istilah yang luar dari kebiasaannya.





Umum mengetahui kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu telah mengorbankan anggota² keselamatan negara yang berjuang mempertahankan negara daripada dicerobohi. 

Atas rasa tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang prihatin, Pemuda UMNO Bandar Tun Razak telah meraikan sambutan Hari Polis tahun ini di 7 buah balai Polis di sini.



Turut sama dalam dalam program kunjungan ini, Datuk Chew Yin Keen merangkap Pengerusi Yayasan Pendidikan Bandar Tun Razak dan wakil MCA di sini.







Terbaik dan tahniah diucapkan kepada Pemuda UMNO Bandar Tun Razak kerana menampilkan kelainan dan mempunyai cara tersendiri meraikan sambutan Hari Polis ke 206 Tahun.

Lagi gambar di sini.

Post a Comment

0 Comments