Full Width CSS

Hari Tu Bakar Bendera, Hari Ini Potong Banner @NajibRazak Bukti #BarisanNasional Wilayah Persekutuan Semakin Digeruni Lawan #1Malaysia #TolakPR #BetterNation


Akibat gerun dengan warna Biru yang dilihat mula menguasai pemandangan di Parlimen Segambut telah menyebabkan individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah mengambil tindakan membakar dan juga mensabotaj bendera-bendera milik Barisan Nasional.

Kejadian pertama berlaku di PDM Kg Sg Udang di mana bendera di PDM tersebut telah dibakar. Tak cukup dengan itu, poster besar gambar Perdana Menteri juga telah dikoyak di bahagian muka. Bendera BN di sekitar kawasan PDM Manjalara juga telah disabotaj oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Berikutan kejadian tersebut, 1 laporan polis telah dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segambut, Sdr Hadrisham.

Nampaknya modus operandi mereka kali ini adalah merosakkan bendera dan poster-poster Barisan Nasional kerana kejadian bakar bendera bukan sahaja berlaku di Palimen Segambut malahan kejadian yang serupa juga berlaku di Parlimen Putrajaya. Baca di SINI.

Sabotaj bendera parti lain bukanlah cara berkempen yang bijak dan matang. Kalau selama ni korang dah berkhidmat kepada rakyat tak perlu takutlah dengan bendera pihak lawan. 75,631 orang pengundi di Segambut lagi bijak menilai siapa yang buat kerja dan siapa yang hanya goyang kaki.

Lainlah kalau selama ni hang pa jadi YB Tidur memang patutlah korang gerun dengan BN sebab BN Segambut dah berkhidmat untuk rakyat sekian lama. Bukan tunggu nak dekat PRU baru turun kawasan cari pengundi.

Sumber : SegambutPrincess

Post a Comment

0 Comments