Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berjanji akan meneruskan legasi kecemerlangan BN dalam menyediakan kemudahan-kemudahan asas demi keselesaan penduduk kawasan itu.
Segala usaha dan program yang telah dirancang penyandang kerusi Parlimen tersebut, Datuk Seri Zulhasnan Rafique juga akan diteruskan. Beliau juga memberitahu bahawa janji² yang pernah dilafazkan oleh Wakil Rakyat sebelum ini tetap akan terus dikota kerana BN merupakan parti yang tidak pernah lupa kepada janji.
"Saya juga yakin dan percaya pengundi-pengundi akan terus memberikan sokongan kepada parti walaupun saya merupakan muka baharu," - Ahmad Fauzi
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..