Full Width CSS

Dari Pembaca : Surat Terbuka Kepada #UMNO & #BarisanNasional #1Malaysia #TolakPR

UMNO yang dihormati, 

Merujuk kepada berita di http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/14/nation/20130514200718&sec=nation, Barack Obama surprises Najib with personal call over GE13 victory Tuesday May 14, 2013, saya amat berharap YAB PM, Datuk Seri Najib Tun Razak, amat berhati-hati dengan “talam dua muka” kerajaan Amerika Syarikat yang amat berbahaya, dan sekutu kuatnya, Britain-MI5/ Peranchis/Jerman/NATO. Kerana, CIA-US dari zaman Bush hingga ke Obama, telah dan masih menyokong Anwar dan terutamanya DAP, seperti yang dilapurkan di http://landdestroyer.blogspot.de/2013/05/us-pivot-toward-asia-trips-in-malaysia.html, US "Pivot" Toward Asia Trips in Malaysia, by Tony Cartalucci, May 8, 2013.

Oleh kerana, kaum Melayu dan Bumiputera terutamanya dari UMNO/BN amat membela YAB PM, maka Obama tahu dia telah kalah buat masa sekarang, dan di dalam keadaan huru-hara di Malaysia oleh pembangkang, sekarang Obama-CIA cuba pula bersandiwara seolah memihak kepada YAB PM. Tetapi saya percaya, mereka ini yang amat bencikan hak, identiti dan semangat nationalisme kaum Melayu dan Bumiputera lain, serta UMNO/parti Bumiputera lain serta Islam sebelum ini, tidak akan sewenang-wenangnya berganjak dari menyebelahi Anwar, DAP dan PKR, malah akan bermain sandiwara “talam dua muka” yang amat berbahaya kepada bangsa, agama dan Negara tecinta yang telah merdeka.

Obama/US-CIA/MI5-UK/Peranchis/Jerman/NATO dengan sewenangnya membunuh orang Islam di negara-negara Islam seperti Libya, Yemen, Pakistan, Iraq, Afghanistan dan Syria, samada dengan Drones ataupun penjajahan yang sungguh ganas seperti di Iraq, Libya dan Syria. Termasuk melatih dan mempergunakan pengganas-pengganas ‘jihad’ yang kononnya beragama Islam - bahkan saya percaya, pengganas Sulu di Sabah adalah dari biayaan CIA-US. Bahkan rejim-rejim boneka Barat ini seperti Arab Saudi-Qatar/Turki/Jordan/Afghanistan menghalalkan keganasan dan penjajahan Barat ini – maka penjajah Barat ini telah berjaya memecahbelahkan orang-orang dan negara-negara Islam. Di Malaysia, penjajah Barat ini juga amat berdendam dengan kehilangan kuasa syarikat minyak-gas mereka di Sabah dan Sarawak oleh Petronas, sejak Petronas ditubuhkan denagn begitu bijaksana oleh arwah bapa PM sendiri, YAB Allahyarham Tun Adul Razak Hussein. Di samping itu, pengkhianat Pembangkang terutamanya DAP dengan sekutu Baratnya, ingin mendapat satu lagi “Singapura” di Malaysia Timur yang amat kaya dengan minyak-gas, di masa hadapan.

Oleh kerana itu, segala langkah CIA-US/MI5-UK/Peranchis/Jerman/NATO mesti diteliti dengan penuh berhati-hati oleh YAB PM dan UMNO/BN. Saya juga percaya, sekiranya kita mengkaji sejarah CIA-US/MI5-UK yang ganas kepada “Dunia Ketiga dan pemimipin-pemimpin Kemerdekaan yang penuh semangat nationalism adalah satu kenyataan yang bukan konspirasi. Oleh kerana itu, saya cadangkan pusat perisikan Malaysia juga mempunyai para akademik dan pemimpin-pemimpin UMNO/BN/NGO (termasuk bekas pemimpin) yang benar-benar nationalisme sebagai penasihat.
Sekian, Wassalam.

Yang Ikhlas,
Noor Aza Othman
Germany

Post a Comment

1 Comments

  1. Rezqeen, nampaknya Anwar dan Obama-CIA terus bermain sandiwara, seolah orang Melayu/Bumiputera dan UMNO/BN 'bodoh' belaka. Hari ini, tiba-tiba dilapurkan knonnya Anwar menghina Obama; hairan pula! Sedangkan, dia ditanggung oleh CIA-US dari zaman dia menjadi Menteri dulu! Maka, kerana Anwar, PKR dan DAP telah dibuktikan di tanggung oleh CIA-US, hasil kajian Tony Cartalucci seperti di atas (CIA di belakang rejim US dalam segala urusan), maka mereka terus bersandiwara untuk memerangkap rakyat Malaysia - kononnya mereka bermusuh dengan Obama! Maka, kita sebagai rakyat Malaysia yang cerdik, janganlah terperangkap dengan sandiwara yang amat rakus dari dalang-dalang penjahanam negara tercinta kita ini, samada dari pengkhianat negara, Anwar, PKR dan DAP, mahupun talam dua muka Obama-CIA-US dan sekutu-sekutu penjajah Baratnya!

    Noor Aza Othman.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..