Full Width CSS

Tun Mahathir Melawat Datuk Seri Azizan Di Hospital #1Malaysia


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini meluangkan masa menziarahi bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Mahathir yang ditemani isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan anaknya yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Muhkriz tiba kira-kira pukul 11.20 pagi dan meluangkan masa kira-kira 25 minit melawat Azizan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP.

Mahathir berkata, keadaan Azizan stabil, namun Pesuruhjaya Pas Kedah itu masih belum sedarkan diri kesan daripada ubat yang diberikan.

Post a Comment

0 Comments