Full Width CSS

Bagai Memberi Bunga Pada Kera @Khalid_Ibrahim #1Malaysia #TolakPR


Kera ni sejenis binatang yang tak kisah atau dalam bahasa mudahnya tak amek port langsung dengan apa yang dimiliki. Kalau diberi buah, mungkin dimakan sikit tapi selebihnya dibuang. Sama juga andai diberikan bunga kepada kera, confirm dimakan bunga tu dan selebihnya dibuang. Itulah sedikit sifat kera yang boleh saya gambarkan.
Apa kena mengena pula dengan cerita saya kali ini?
Jawapannya mudah dan sangat senang untuk difahami.

Di tempat saya duduk sekarang ini, Ahli Parlimennya bernama Khalid Ibrahim. Dia ada 2 jawatan penting dalam satu masa.

1. Menteri Besar Selangor.
2. Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Antara kedua² jawatan ini, mana satu tanggungjawabnya jauh lebih besar?

Sudah tentulah jawatan selaku Menteri Besar lebih tanggungjawabnya berbanding Ahli Parlimen. Di Selangor, Khalid Ibrahim terpaksa memikul harapan lebih 5 juta orang penduduk Selangor untuk mendapatkan khidmat terbaik daripada kerajaan di bawah telunjuk Khalid.

Namun di parlimen Bandar Tun Razak pula, Khalid Ibrahim terpaksa memikul AMANAT lebih 90,000 penduduk di sini yang memerlukan seorang wakil rakyat berkaliber dan dipercayai akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan ikhlas.

Pada Pilihanraya Umum 12 tahun 2008, Khalid Ibrahim dipertanggungjawabkan oleh lebih 76,000 orang penduduk di Parlimen ini untuk mendapatkan khidmat terbaik daripada beliau namun sehingga 4 Mei 2013, tiada satu pun manfaat yang diterima oleh penduduk di sini.

Kegagalan Khalid menabur bakti di Bandar Tun Razak bukan saja dirasai oleh penduduk di sini malahan penduduk di kawasan lain juga turut merasai kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk di mana Khalid Ibrahim hanya muncul beberapa kali saja di sini jika dikira menggunakan jari tangan dan kaki masih juga mempunyai baki 4 hingga 5 jari lagi.

Jika Khalid berjaya munculkan diri di sini pun, beliau hanya tertumpu di kawasan tertentu saja seperti di kawasan yang memiliki sokongan kuat kepada beliau. Lihat contoh di bawah.


Sikap berat sebelah dan pilih kasih Khalid dalam menghulurkan bantuan kepada penduduk amatlah dikesali kerana beliau merupakan pemimpin yang dipilih secara demokrasi dan beliau wajib memberikan bantuan sama rata kepada penduduk di sini.

Ketidakadilan beliau dalam hal ini kelihatan amat berbeda dari nama parti yang dianuti oleh beliau iaitu KEADILAN. Adakah maksud keadilan itu terarah kepada rakyat ataupun kepada individu tertentu saja? Adakah parti ini mahu membawa keadilan untuk rakyat perolehi ataupun mahu memperjuangkan keadilan untuk kesenangan pemimpin dalam parti tersebut?

Soalnya sekarang adakah Khalid Ibrahim akan memberikan khidmat yang lebih baik dari sebelum ini atau beliau akan menghantar wakil saja atau khidmat yang bakal diberikan nanti jauh lebih jahanam daripada sebelumnya.

Jangan pula nanti bagai memberi bunga pada kera tapi kera taktau nak buat apa.

Tepuk dada tengoklah 5 tahun lagi kita kena menghadap~

Tengoklah apa kata orang Bandar Tun Razak semasa 2008.

Post a Comment

1 Comments

  1. Bro yang boleh dikategorikan sebagai beruk adalah mereko yg mengundi Bapak beruk ini .

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..