Full Width CSS

Tahniah Atas Lantikan @MariniNasution Ketua Wirawati PERKASA #1Malaysia @NajibRazak


Sekalung tahniah buat Ketua Wirawati PERKASA yang baru saudari Marini Nasution atas lantikan yang berkuatkuasa pada 5 September 2013 yang lepas.

Dengar lantikan ini dibuat oleh kerana saudari Zaira Bt Jaafar melepaskan jawatan ini pada 31 Ogos 2013 yang lepas atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. Semoga beliau kembali sihat seperti sedia kala untuk terus membantu perjuangan Wirawati dan kepimpinan PERKASA pada masa akan datang.

Perlantikan ini membolehkan NGO Melayu yang paling berpengaruh ini tidak perlu menunggu lama untuk mencari calon penggantinya.

Marini mula menyertai PERKASA semenjak awal penubuhannya pada Oktober 2009 dan terlibat dengan pelbagai program dan agenda yang memperkasakan Melayu. Untuk info, sebelum ini beliau menyandang jawatan sebagai Naib Ketua Wirawati PERKASA dan duduk di dalam Biro Ekonomi Wirawati PERKASA.

Semoga dengan adanya pengganti kepada kepimpinan Wirawati PERKASA ini, NGO Melayu yang dianggap paling RASIS oleh DAP ini dapat membuktikan sesuatu yang bakal memberi tamparan hebat buat orang-orang berkepentingan menolak kepimpinan Melayu Islam di Malaysia ini.


Post a Comment

0 Comments