Adakah UMNO telah bersedia untuk ditransformasikan dengan membuka pintu mereka untuk wakil² anak muda bergandingan bersama mereka dalam usaha meremajakan UMNO hari ini dan selamanya.
Sebagai ahli UMNO, saya melihat sendiri bagaimana UMNO melalui zaman kegemilangan, kemurungan dan zaman pertukaran kepimpinannya.
Apa yang diharapkan oleh saya dan 3,44,946 orang ahli UMNO yang lain adalah sama iaitu ingin melihat UMNO terus mekar menjadi sebuah parti yang senantiasa mengutamakan kepentingan rakyat, menjaga kepentingan umat Islam & Melayu dan yang paling penting mempertahankan negara daripada dijahanamkan oleh sebilangan rakyat berkepentingan peribadi.
Untuk menjadikan semua itu sebagai realiti, UMNO perlu ditunjangi oleh pelbagai lapisan umur dan layak untuk merealisasikan hajat ahli² UMNO.
Oleh yang demikian, blog REZQEEN HILL ingin menyatakan SOKONGAN pencalonan Pengerusi Unit Media Baru, saudara Tun Faisal Ismail Aziz untuk menjadi salah seorang daripada puluhan mereka yang berkelayakan mentransformasikan & meremajakan UMNO untuk hari esok.
Tun Faisal Untuk Majlis Tertinggi UMNO
#TF4MT
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..