Full Width CSS

#PemilihanUMNO : Ketua Pemuda UMNO Sokong Hishammuddin? #UMNO #PAU2013 #PAU13 #VP02 #Hisham4VP


Amat memeranjatkan bagi saya apabila melihat gelagat Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru mengekalkan pengaruhnya di sini turut berada di dalam majlis bersama² calon Naib Presiden UMNO iaitu Dato' Seri Hishammuddin Hussein.

Mungkin bagi sesetengah pihak, ianya dianggap biasa kerana itu adalah sokongan peribadi beliau terhadap calon Naib Presiden UMNO tetapi bagi saya ia tetap dianggap tidak perlu dan jika boleh tak payahlah turut serta dalam kempen Naib Presiden UMNO kerana kelak nanti akan kelihatan bias ataupun memihak.
YB Khairy Jamaluddin memegang jawatan selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang di dalamnya mengandungi ratusan ribu ahli UMNO yang mempunyai pelbagai suara sokongan kepada calon² tertentu. Ada yang menyokong Dato' Seri Zahid Hamidi, Dato' Seri Hishammuddin, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Ali Rustam, Dato' Paduka Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Isa Samad.

Apabila Khairy secara terbuka berada di dalam kem Hishammuddin, ia menampakkan seakan² Khairy dan Pergerakan Pemuda menyokong calon 02 Naib Presiden UMNO sekaligus menunjukkan Pemuda menolak calon² selain Hishammuddin. Itu adalah persepsi awal tetapi apa yang dikesalkan adalah mereka yang mengundi Khairy pada Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO yang lepas berkemungkinan besar tidak sealiran sokongan terhadap calon² Naib Presiden UMNO.


Sebagai Ketua, Khairy perlu waras dalam permainan politik hari ini. Andai Khairy dijemput untuk bersama² berada di dalam program 5 calon Naib Presiden yang lain, adakah beliau akan turut serta bersama atau beliau akan menolaknya kerana setia kepada Hisham?

Minta maaf cakaplah Khairy, saya kalau jadi Ketua kepada sesebuah pertubuhan atau organisasi, saya takkan menunjukkan sokongan saya kepada mana² calon yang layak. Saya akan bersikap seperti Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Nak jadi Ketua kena adil. Kalau tak boleh bersikap adil, pergi join parti Anwar Ibrahim anak beranak !


P/s : Menyesal undi Khairy hari Sabtu lepas. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Usah dikesalkan apa yang telah anda lakukan. Anggapkanlah saja sebagai ketentuan Allah. Segalanya punyai hikmah. Kalau anda tak undi, masakan dapat anda rasakan kekecewaanya. Berpesan pesanlah kepada diri sendiri agar tidak dilakukan kekhilafan sebegini lagi. Setiap undi adalah penentu kepada masa depan AGAMA, BANGSA dan RAJA RAJA. Berdo'alah kepada keselamatan dan kesejahteraan serta kestabilan negara Malaysia. Sebagai blogger, harus difirkirkan bahawa tanpa disedari saudara telah membena kilang pengikut. Janganlah pulak kilang yang ada sekarang nih memperoses dan menghasilkan barangan tiruan. Kalau boleh tentukanlah barangan keluaran kilang saudara punyai mutu yang dapat memperkasakan AGAMA, BANGSA dan RAJA RAJA...... Wallahu'alam!!!!

    ReplyDelete
  2. dah ramai kamu pengaruh termasuk aku. bertobatlah!!!!!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..