Full Width CSS

Shuib Timbalan Ketua #UMNO Setiawangsa Yang Baru #1Malaysia @NajibRazak @TengkuAdnanReal #PAU13

Teka teki siapakah yang bakal menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa akhirnya terjawab hari ini selepas pemilihan kali ketiga diadakan sebentar tadi.

Sebelum ini pemilihan utama yang diadakan mendapat bantahan daripada perwakilan yang tidak berpuas hati dengan keputusan undian awal. Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan (BPUWP) telah menerima beberapa bantahan dan membuat keputusan untuk mengadakan persidangan pemilihan semula jawatan Timbalan Ketua UMNO Setiawangsa.

Pemilihan kedua yang diadakan pada 16 November 2013 lepas, memperlihatkan keputusan seri antara calon Shuib Ibrahim & Datuk Halim yang mendapat 165 undi manakala bekas Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian mendapat 8 undi sahaja.

Keputusan seri tersebut menyebabkan BPUWP mengadakan pemilihan sekali lagi bagi merebut jawatan tersebut.

Hari ini, pada permulaan persidangan, calon 02 Datuk Halim telah membuat pengumuman tidak akan bertanding dan menarik diri. Sekali gus, persaingan sengit antara dua orang calon saja.

Keputusan yang jelas telah diperolehi dan secara tidak langsung teka teki siapakah yang dipilih oleh perwakilan sudah terjawab. Berikut keputusan yang diperolehi ;

01 Shuib Ibrahim - 212
02 Datuk Halim - Tarik Diri
03 Azmi Baharudin - 112

Sudah confirm kemenangan dimiliki oleh Shuib Ibrahim bagi menyandang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa.

Tahniah

Sent from Yahoo Mail on Android

Post a Comment

0 Comments