Full Width CSS

Tahniah @razlanrafii Dilantik Ketua Pergerakan Pemuda #UMNO Wilayah Persekutuan #1Malaysia @NajibRazak

Nama Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii merupakan nama yang tak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia politik tanah air terutama di peringkat Pergerakan Pemuda UMNO.

Beliau yang dikenali kerana kelantangan membahaskan isu-isu semasa dan memperjuangkan nasib Bumiputera di Kuala Lumpur yang tersepit antara pembangunan dan survival hidup di ibu kota Malaysia ini.

Lantikan beliau yang diumumkan pagi ini oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin di hadapan barisan Exco baru di PWTC setelah Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan juga merestui cadangan nama beliau.

Pengalaman saya yang pernah dan masih berjuang dalam dunia siber bersama beliau banyak mempengaruhi perjuangan politik saya hari ini. Banyak perkara baru mengenai politik telah saya pelajari bersama beliau.

Mungkin ada beberapa pihak yang belum mengenali beliau secara mendalam. Cara yang paling mudah, kenali beliau dengan membuat carian di Google dan lihat artikel-artikel di dalam surat khabar yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

Kepada 'bos', saya ucapkan selamat maju jaya dan teruskan perjuangan walaupun dikecam oleh Pembangkang.

Sent from Yahoo Mail on Android

Post a Comment

1 Comments

  1. Harap2 boleh beri khidmat yg baik kpd parti...bukan setakat pegang jawatan je...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..