Full Width CSS

TNB Cuba Rosakkan Kepercayaan Rakyat Terhadap Kerajaan #BarisanNasional #1Malaysia @NajibRazak

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dituntut menjelaskan rasional keputusan kenaikan tarif elektrik sebanyak 14.89 peratus kepada rakyat.

Ini kerana, peratusan itu cukup tinggi dalam situasi kos hidup yang semakin meningkat sehingga kesannya begitu ketara dalam kumpulan pendapatan tertentu khususnya yang tinggal di Lembah Klang.

Kementerian terbabit mahupun TNB tidak boleh sekadar mengumumkan kenaikan itu tanpa sebarang penjelasan yang boleh diterima akal.

Kenaikan 14.89 peratus terlalu tinggi, jadi kementerian berkenaan dan TNB kena jelaskan kenapa harga tarif dinaikkan sebanyak itu.

Kalau empat peratus mungkin tidak ada masalah, mungkin boleh lagi dipejamkan mata tapi ini 14.89 peratus ini adalah melebihi tahap yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat. kenaikan tarif elektrik mulai 1 Januari depan.

Kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen setiap kilowat sejam (kw/j) atau 14.89 peratus daripada kadar semasa. Manakaka bagi Sabah dan Labuan, kadar tarif dinaikkan sebanyak lima sen bagi setiap kw/j.

Secara peribadi saya tidak membantah sebarang semakan tarif elektrik tetapi ketelusan dalam membuat keputusan (kenaikan) itu lebih penting.

Kementerian dan TNB memang membuat keputusan mengenai kenaikan itu tetapi jangan lupa rakyat juga berhak mengetahui asas kenaikan yang tinggi.

Benda ini mudah sahaja, kalau kita makan roti canai di kedai pada harga RM5 sudah tentu terperanjat. Tetapi kalau pekedai jelaskan bahan yang digunakan lebih istimewa atau selamat untuk kesihatan, sudah tentu kita boleh terima.

Begitu juga dengan kes kenaikan tarif elektrik, takkan benda mudah sebegini tidak dapat difikirkan oleh golongan cerdik pandai yang menjawat jawatan besar di TNB serta pihak kementerian.

Selain itu, yang dipersoalkan sama ada kementerian dan TNB mengenakan tarif elektrik yang sama kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Jika kenaikan itu turut dikenakan secara setara kepada semua golongan, dikhuatiri kehidupan golongan berkenaan semakin terjejas.

Post a Comment

0 Comments