Full Width CSS

Apa Cerita Projek LRT Langgar SRJK Castlefield @NajibRazak @ShahrilMokhtar #1Malaysia #LEP


Apa kes Prasarana dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Castlefield.

Saya merujuk kenyataan media yang dikeluarkan oleh Syarikat PRASARANA Negara Berhad (PRASARANA) yang kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab beberapa individu di Klang yang telah menghalang kontraktor PRASARANA memulakan kerja construction di tapak pembinaan yang telah disediakan.

Tindakan kumpulan ini telah melanggar perintah mahkamah yang diterima oleh PRASARANA dimana mahkamah telah membenarkan PRASARANA memulakan construction ditapak SRJK CASTLEFIELD. Bukan itu sahaja malah kumpulan individu ini telah bertindak ganas sehingga mencederakan anggota polis bantuan PRASARANA & bagi saya individu ini harus disiasat dan ditangkap oleh pihak PDRM.LATAR BELAKANG

Pada tahun 2009, kerajaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penambahbaikkan system LRT di Kuala Lumpur. Keputusan yang dibuat ialah untuk memanjangkan line LRT Ampang (AMG) dan Kelana Jaya (KLJ) untuk menampung permintaan dari rakyat yang inginkan kemudahan awam yang lebih inclusive dan integrated.

Line AMG ini akan dipanjangkan sejauh 17.7 KM dan akan melalui kawasan Bukit Jalil, Bandar Kinrara, Puchong, Kg Sri Aman dan Putra Heights. Disinilah bermula masalah dengan pihak SRJK CASTLEFIELD.

Sebanyak lima tiang (pillar) Line AMG ini akan memasuki kawasan SRJK CASTLEFIELD dan sebab itu pihak sekolah telah membangkang pembinaan Line AMG dan telah mula “demand” macam-macam daripada pihak PRASARANA.

JUMLAH LUAS KAWASAN YANG TERLIBAT

Jumlah keluasan tanah kosong di SRJK CASTLEFIELD adalah 2.8 acres. Untuk membina laluan Line AMG ini PRASARANA memerlukan 0.47 acres iaitu 16% sahaja. Selepas siap pembinaan kelima-lima tiang line AMG ini, pihak PRASARANA hanya akan menggunakan kawasan seluas 20m2 iaitu (5 tiang x (luas 2m x 2m/per tiang).

Saya berharap para pembaca telah faham isu SRJK Castlefiled ini. Dalam bahasa mudah:

1. Line AMG masuk kawasan sekolah CASTLEFIELD.

2. PRASARANA nak guna 16% kawasan kosong sekolah, bila siap kawasan yang akan digunakan Cuma 20m2 iaitu (5 tiang x (luas 2m x 2m/per tiang).

3. Pihak sekolah tak bagi, demand macam-macam
Tunggu part seterusnya..




Sumber : KL Chronicle

Post a Comment

0 Comments