Di atas ini gambar yang menjadi viral semalam apabila ianya disebarkan melalui laman Facebook, Blog, Twitter dan WhatsApp. Ramai yang mempertikaikan kualiti kereta nasional tempatan Proton Preve yang tertanggal enjinnya apabila berlaku kemalangan.
Untuk makluman dan perkongsian bersama pembaca, hal tercabut enjin ini memang standard kereta-kereta baru sekarang ni sebab sebagai langkah keselamatan menjamin penumpang daripada terkena hentakan kuat bersama enjin di hadapan jika kemalangan.
Kereta Honda pun sama gitu standardnya. Cuma semalam, nasib Proton tak berapa baik je lah. Nak tau kualiti lain yang ada pada kereta Proton, baca di bawah ni.
Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Chin Soo Song berkata..
"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini,” kata Chin.
Hah tak ker hebat kereta nasional tempatan. Kita pun dah banyak dengar kes-kes seumpama ini. Ini menunjuk kata kereta tempatan masih mempunyai kualiti antarabangsa.
|
5 Comments
Driver penumpang ok ke ...?
ReplyDeleteSalam Bro,aku tetap sokong kereta nasional.Bila lagi proton perdana yang baru nak keluar ? Aku tengah kumpul duit nak beli proton perdana yang baru tu.
ReplyDeleteSama laa ... harap2 proton blh buat kete secantik crv honda plak. Kalu blh buat perdana accord tak kan tak blh buat proton crv? Sure mantop beb!
ReplyDeletemantap kereta preve ni.... accident teruk mcm tu... sampai bumbung kemek... driver n penumpang selamat.... ni lah kualiti 5 star ncap.
ReplyDeleteProton tetap proton,.. kualiti mmg out,.. pakai 2-3 thn mcm2 bunyi dok mai... terasa 'degrade' ...nak jual, resale value rendah,.... pakai je laaahhh
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..