Full Width CSS

Sambutan Terbaik #MalamCintaRasul Tahniah Pergerakan Pemuda #UMNO WP @NajibRazak @Khairykj @AzwanBro @TengkuAdnanReal @razlanrafii @NazirHussin79

Selawat dan salam buat Rasul junjungan. Semoga kita semua mendapat syafaat daripadanya, amin.

Malam ini Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan di bawah pimpinan Ketuanya, Saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii dengan gandingan padu daripada Pergerakan Pemuda UMNO Titiwangsa ditunjangi oleh Ketua Pemuda, Saudara Nazir Akhtar bersama-sama membawa kelainan pada sambutan Maulud kali ini.

Inilah julung kali sambutan Maulud Nabi yang diadakan secara besar-besaran di peringkat Pemuda UMNO WP. Program yang berbentuk kerohanian yang tinggi ini wajar dipuji kerana bukan saja mengingatkan kita kepada sirah Rasulullah bahkan secara tidak langsung warga kota dapay menjiwai peribadi Rasulullah melalu ceramah agama yang disampaikan.

Program sedang berlangsung di Masjid Jamek Kg. Bharu, Kuala Lumpur. Sambutan yanh dilihat sangat menggalakkan dan rata-rata yang hadir, menghayati marhaban yang dialunkan secara beramai-ramai.

Post a Comment

0 Comments