Full Width CSS

Kehadiran Malaysia Sebagai Orang Tengah Membuahkan Hasil Terbaik Kepada #Bangsamoro & Filipina #1Malaysia @NajibRazak


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Komprehensif Bangsamoro (CAB) yang diusahakan Malaysia di antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), di Istana Malacanang di sini, sebentar tadi.

Majlis bersejarah yang mengakhiri konflik 42 tahun itu turut dihadiri Presiden Filipina, Benigno Aquino III. Malaysia berperanan sebagai fasilitator proses rundingan damai itu sejak 2001 menerusi Tengku Datuk Abdul Ghafar Tengku Mohamed.
Pelaksanaan CAB bakal melorongkan laluan terhadap pembentukan entiti Bangsamoro, sekali gus mewujudkan keamanan di wilayah selatan Filipina dan rantau ini secara amnya.


Pemuda UMNO Negeri Bangga Penglibatan Malaysia Dihormati Negara Serantau.

Apabila berkata berkenaan dengan penyatuan ummah, ia tidak semestinya hanya di dalam Malaysia.

Alhamdulillah, sekali lagi kerajaan Malaysia berjaya menjadi pemudahcara di antara kejayaan Bangsamoro dengan kerajaan Filipina.

Tumbuh satu lagi wilayah Islam di Asean. Hari ini Bangsamoro boleh mengamalkan Islam dengan tidak ada rasa takut. Tidak perlu lagi bersembunyi untuk beribadah.

Marilah kita sama-sama menyambut kemenangan ini dengan mendoakan saudara Islam kita akan terus maju kehadapan dalam memartabatkan agama Islam di rantau Ini.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Post a Comment

0 Comments