Full Width CSS

[Video] @PDRMsia Patut Pelawa Wan Azizah Ke Penjara, Biar Dia Tahu Apa Rasa Dalam Tu @Zahid_Hamidi #1Malaysia #PRKKajang


Tertarik dengan ucapan senget sebelah isteri yang 'taat' kepada suami ni. Apabila berjumpa orang India, dia cakap orang India tersisih dan teraniaya. Bila jumpa orang Cina, dia kata UMNO rasuah dan kroni. Bila jumpa orang Melayu, dia kata Melayu zalim dan rasuah.

Ingin saya tanyakan pada sesiapa saja macai Anwar Ibrahim, sila kemukakan bukti apakah bentuk kezaliman yang kerajaan Barisan Nasional (BN) lakukan terhadap rakyat Malaysia. Adakah keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara kepada Anwar dianggap zalim. Adakah tiada rakyat Malaysia yang lain pernah dijatuhkan hukuman? Apakah tiada pemimpin dari kalangan BN tidak pernah dipenjarakan?

Apa saja perkara negatif yang diucapkan kepada BN hanya kerana ingin memenangi hati pengundi di Kajang, saya anggapkan sebagai 'peluru' pistol cherry yang digunakan hanya untuk suka² saja.

Lihat dan dengar ucapan Wan Azizah.


Mengapa isu yang melibatkan pihak berkuasa pula dibangkitkan. Seolah² apa yang berlaku sebelum ini membabitkan pihak keselamatan adalah perancangan kerajaan. Walhal perkara yang berlaku sudah ketentuan yang di luar kuasa tangan² manusia.

Apakah dakwaan Wan Azizah ini betul, kononnya Anwar lihat banduan India dilayan teruk atau sebenarnya Wan Azizah hanya mencucuk jarum terhadap pengundi India di sana? 

Dalam hal ini, PDRM dan Menteri KDN harus bertindak agar anasir² yang tidak betul seperti ucapan Wan Azizah ini dinafikan. Saya berpendapat, PDRM boleh 'menjemput' Wan Azizah untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam penjara. Untuk melihat dari dekat, adakah banduan India diperlakukan seperti yang didakwa.

Menteri perlu membuat pelawaan seperti mana sebelum ini pernah menjemput N. Surendran untuk bersama² dalam operasi Ops Cantas. Namun pelawaan tersebut gagal mendapat tempat di hati lawyer poyo tersebut.

Post a Comment

0 Comments