Full Width CSS

Karier Politik Khalid Ibrahim Bakal Tamat Dalam Masa Terdekat


Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama dari kumpulan yang pro-Timbalan Presiden, Azmin Ali, ternyata mengamalkan budaya politik sempit sehingga gagal membezakan antara permusuhan politik dengan tugas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.

Terbaharu, Abdul Khalid 'diserang' secara sinikal oleh kumpulan pro-Azmin hanya kerana beliau selaku Menteri Besar Selangor menerima kunjungan hormat Media Prima diketuai Pengerusi Bukan Eksekutif, Datuk Johan Jaaffar dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Amrin Awaluddin sebelum memuat naik pertemuan itu di Twitternya.Namun ternyata, pertemuan tersebut tidak disenangi musuh politiknya dalam PKR apabila mereka mempersoal nilai moral Abdul Khalid hanya kerana beliau menunjukkan jiwa besarnya selaku Menteri Besar kepada seluruh rakyat Selangor dengan menerima kunjungan Media Prima yang disifatkan lawannya sebagai 'musuh durjana'.

Antara pemimpin PKR yang paling awal tampil sinis terhadap Abdul Khalid ialah Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya, apabila beliau menerusi laman Twitternya dipetik sebagai berkata: "Layan TV3. Hebat,".





Post a Comment

1 Comments

  1. walaupun karier khalid ibrahim akan tamat,tetapi beliau mampu menjadi ranjau.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..