Full Width CSS

#PRKTelukIntan : Untung Orang Teluk Intan Jika #BarisanNasional Menang, Mah Jadi Menteri @MuhyiddinYassin


Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melantik calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri jika menang bukan janji kosong.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perlantikan Siew Keong sebagai menteri bakal memberi banyak manfaat kepada penduduk Teluk Intan.

"Siew Keong jika menang akan dilantik sebagai menteri kabinet untuk menjaga kawasan Teluk Intan. Ini bukan janji kosong.

"Kerajaan negeri Perak ditadbir BN, Kerajaan Persekutuan juga BN. Kenapa Teluk Intan tak mahu BN? kata Muhyiddin dalam ucapan di Program Sarapan Pagi Pemimpin Bersama NGO India di Rumah Rehat Teluk Intan hari ini.

Jelas Muhyiddin, sokongan masyarakat India terhadap BN amat diperlukan dalam PRK yang akan berlangsung esok.

"Saya minta kerjasama supaya kita boleh membantu masyarakat India antaranya mengenai masalah tempat pembakaran mayat dan sekolah Tamil.

"Saya berjanji selepas Siew Keong terpilih masalah kaum India boleh dibincangkan. Wakil DAP tidak boleh membantu dan menyelesaikan masalah rakyat," tegas Muhyiddin.

Daripada 60,349 pengundi berdaftar di Parlimen Teluk Intan sejumlah 11,468 orang atau 19 peratus adalah pengundi daripada kalangan kaum India.

Dalam ucapannya, Muhyiddin turut menyelar kempen DAP yang digunakan sepenuhnya untuk mengeji calon BN.

"Dalam masa kempen di PRK ini pembangkang memburukkan BN. DAP guna taktik kotor dan mengelarkan calon kita bodoh. Mereka tidak ada perasaan hormat kepada orang lain

"Kempen kotor ini dilakukan kerana pembangkang takut kalah kerana mereka melihat perubahan sikap pengundi yang menyokong BN," tegas Muhyiddin.-

Post a Comment

0 Comments