Full Width CSS

Jaga² 16 Lokasi Standby Sempena Hari Raya @mpkotabelud @BombaJBPM @KP_BombaJBPM

Datuk Abdul Rahman Dahlan menyeduk makanan untuk anggota Bomba di Balai Hang Tuah baru-baru ini.

Hari Raya Aidilfitri bakal diraikan bermula hari Isnin (28 Julai 2014) dan dijangka akan berlarutan seminggu lamanya. Oleh yang demikian, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) telah merangka Ops Raya 2014 yang akan bermula 21 Julai sehingga 4 Ogos 2014 bagi tujuan menangani insiden.

Seramai 9,100 (71%) pegawai Bomba terlibat secara langsung di dalam Ops Raya pada tahun ini membabitkan sebanyak 270 buah balai Bomba seluruh negara yang akan membuat rondaan di Jalan Persekutuan, Jalan Bandaran dan lain² jalan sepanjang tempoh berkenaan.

JBPM telah ditempatkan di 16 buah lokasi sepanjang lebuhraya negara ini. Seramai 240 orang anggota Bomba akan bertugas secara bergilir² dalam tempoh 24 jam setiap hari

Berikut perbandingan statistik Ops Raya bermula pada tahun 2010 sehingga 2013

Tahun
2010
2011
2012
2013
Panggilan Kebakaran
977
1,253
2,369
2,120
Panggilan Penyelamatan
681
1,153
1,238
987
Panggilan Kemalangan Jalanraya
190
309
273
295
Mati (Kebakaran)
6
2
0
7
Mati
(Penyelamatan)
9
23
7
21
Mati
(Kemalangan Jalanraya)
47
29
28
63
Cedera
(Kebakaran)
5
1
5
9
Cedera
(Penyelamatan)
11
29
45
41
Cedera
(Kemalangan Jalanraya)
265
286
183
312
Diselamatkan
(Kebakaran)
1
23
0
9
Diselamatkan (Penyelamatan)
2
28
282
198
Diselamatkan (Kemalangan Jalanraya)
109
75
109
89

* Penyelamatan : merujuk kepada bilangan operasi seperti terperangkap dalam lif, terperangkap dalam bilik/rumah/ bangunan, tersepit mesin dan lain-lain kes selain khidmat kemanusiaan yang melibatkan nyawa

Angka pada perbandingan statistik di atas menunjukkan jumlah tidak menentu saban tahun yang dicatatkan. Bagaimanapun kadar kematian akibat kemalangan jalan raya meningkat tinggi dengan sebanyak 63 kes kematian dan perkara ini amat membimbangkan jika pemandu enggan mematuhi peraturan jalan raya.

Untuk menjayakan Ops Raya 2014 ini, sebanyak 4 agensi telibat iaitu :-
1. Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
2. Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM)
3. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
4. St. John Ambulance

Semoga pengorbanan mereka untuk rakyat Malaysia menyambut lebaran kali ini memberi kebaikan kepada diri anggota² petugas dan ahli keluarga mereka yang sabar & redha dengan tugasan ahli keluarga.

Terima kasih Anggota Keselamatan Malaysia !

Post a Comment

0 Comments