Full Width CSS

Kes Alvin & Vivian Berbuka Puasa Bak Kut Teh Tangguh Lagi? #SolidarityForRazlan #Ramadhan


Meskipun telah dikenakan waran tangkap, penulis blog kontroversi, Alvin Tan masih berdegil apabila gagal hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini untuk sebutan kes berhubung tuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadhan yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya, Yong Ann Nee memaklumkan, waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah pada 13 Jun lalu masih gagal diserahkan kepada Alvin, 26.

Beliau kemudian memohon tarikh baharu bagi sebutan waran tangkap buat kali kedua dan notis tunjuk sebab kepada penjamin mengapa mahkamah tidak boleh merampas wang jaminan RM30,000 yang dikenakan terhadap tertuduh.

Hakim Abdul Rashid Daud kemudian menetapkan 22 Ogos ini bagi sebutan semula kes itu.

Dalam pada itu, pasangan Alvin, Vivian Lee, 25, yang dituduh bersama-samanya tidak hadir pada prosiding kali ini setelah mendapat pengecualian kehadiran dari mahkamah.

Mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee setelah dia gagal mengembalikan pasport antarabangsanya kepada mahkamah pada 3 Jun lalu.

Sebelum itu, pada 12 Mei lalu, mahkamah membenarkan penyerahan sementara pasport tersebut kepada Alvin dan Vivian atau Lee May Ling, untuk tempoh 18 Mei sehingga 3 Jun lalu bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari di Singapura.

Namun hanya Vivian mengembalikan pasportnya kepada mahkamah pada 3 Jun lalu.

Pasangan itu menghadapi tuduhan bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook berhubung kandungan gambar dan komen yang mengandungi logo Halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Pertuduhan di bawah subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 itu didakwa dilakukan di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di Kuala Lumpur pada pukul 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai 2013.

Mereka juga menghadapi pertuduhan mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar - gambar melalui akaun Tumblr antara pukul 9 malam, 6 Julai 2013 dan 2 pagi, 7 Julai 2013 di alamat yang sama di Kompleks Mutiara.

Post a Comment

4 Comments

  1. Ermmmm....bila kena pada melayu mcm poslaju...tapi bila kena pada cina tuih..tuih..ada lah ditangguh...dan dipindah tarkh dan lain2 lagi.....nasib lah orang melayu...dalam pengtabiran kerajaan pulak tue...ini lah bala nya kalau tidak berlaku adil...bila kena dekat KiKi, cepatnya...tapi bila kena pada haiwan 2 ekor nie, ada juga pernanguhan....salah siapa?...kerajaan tolong jawap.....eeeiui mana stylo cyber pemuda umno dan juga pemuda umno nie,,,,ya semuanya pergi Glasgow....Dari bab lain sya cadangkan, ketua pemuda UMNO, jgn diberi jawtan menteri atau apa jawatan dalam kerajaan, dia mesti bebas dan menjadi pemuda pendesak dalam kerajaan. Inilah masaalah nya kalu dia pemuda dan dia juga menteri. Tak bebas....
    Orang lama 1957

    ReplyDelete
  2. DAH JELAS SANGAT...POLIS DAN PIHAK BERKUASA TAKUT NAK AMBIL TINDAKAN JIKA KES DILAKUKAN OLEH CINA KAFIR... kalau orang melayu yg buat hal sikit je, cepat2 pula polis dan pihak berkuasa ambil tindakan... TAHNIAH KETUA POLIS NEGARA...

    ReplyDelete
  3. Sudah jelas pasangan ini ditaja UMNO kalau tidak tak berani mana2 org buat cam ni. Aku seru UMNO meneruskan kejahatan dia bab ada banyak malapetaka yg bakal menimpa penyamun2 UMNO tak lama lagi..

    ReplyDelete
  4. Manusia yg paling tak guna ialah Peguam Negara Ghani Patail...celaka lah engkau...melayu buat cepat kau bertindak..tapi Cina buat...Dah setahun @ 12 bulan ..dari puasa tahun lepas..baik letak jawatan aje

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..