Full Width CSS

PAS Bacul Takut Nak Lari Keluar Dari Pakatan


Dulu lagi kalangan sahabat-sahabat dalam UMNO sudah mengingatkan PAS supaya tidak terjerumus dalam permainan politik kotor PKR & DAP bangsat.

Malahan ada kalangan ahli PAS sendiri juga tidak bersetuju dengan tindakan kepimpinan untuk terus berada dalam barisan Pakatan yang mana PAS dilihat seolah-olah terpaksa melukut di tepi gantang menagih senyuman dari taiko Cina & 'adik lembut' mereka.
Perang meriam buluh antara PAS dan DAP tercetus apabila tersebarnya print screen perbualan group WhatsApp kepimpinan PAS Pusat sehari sebelum Syawal yang dikatakan akan mengambil ketetapan untuk berundur dari Pakatan disebabkan ketidakstabilan politik dan salah satunya berpunca dari negeri Selangor.

Isu utama yang diperbincangkan oleh kepimpinan PAS adalah soal maruah Melayu Islam yang kian menjadi mangsa kerakusan politik arrogant PKR & DAP.

Saya tak berminat nak mengulas siapakah dalang yang menyebarkan print screen ini tetapi apa yang PAS perlu tahu adalah tindakan untuk keluar dari Pakatan merupakan satu perkara yang baik tetapi agak mustahil direalisasikan. Namun bagaimanapun ianya boleh berlaku sekiranya PAS nekad tidak mementingkan kuasa sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan Islam.

Perkara lain yang PAS juga perlu tahu ialah dengan penyebaran print screen tersebut, DAP dilihat semakin kusut dan ketakutan dengan bayang-bayang mereka sendiri. Mereka sebenarnya lebih risau jika selepas ini tidak akan bebas mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman & memperlekehkan kesucian Islam terutamanya kerana PAS akan menentang mereka secara terbuka.


P/s : AWAS para Pembaca, berkemungkinan ini adalah strategi Pakatan untuk mengalihkan isu Pemilihan PKR yang goyah dan kemelut KajangMove menolak kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.


Bersambung..

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..