Full Width CSS

Anggota Bomba Mana Pula Ni Sambut Cabaran #IceBucketChallenge @khairykj @IsmailSabri60 @imokman @mpkotabelud


Ini mana punya anggota bomba yang mandi air sejuk berisi ais bagi menyahut cabaran #IceBucketChallenge ??

Tak pernah pula tengok video cabaran daripada mana-mana individu dan pihak tertentu kepada anggota-anggota bomba.


Jangan terperanjat jika diberitahu individu dalam gambar tersebut ialah seorang Menteri di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan.


Hari ini Datuk Abdul Rahman Dahlan menyahut cabaran daripada Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin yang telah mandi air sejuk sebagai mengenang tokoh sukan negara, Dato' Mokhtar Dahari yang ketika hayatnya pernah mengalami penyakit ALS.

Apa pula maksud ALS?

ALS bermaksud Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) atau Lou Gehrig's disease ialah salah satu jenis penyakit yang tergolong dalam penyakit saraf motor atau Motor Neuron Disease (MND). Nak lagi senang faham, penyakit ni melibatkan pesanan otak ke ototnya terganggu lalu mengakibatkan aktiviti otot menjadi tidak menentu dan akhirnya terhenti dengan sendiri.

Manakala Ice Bucket Challenge ni pula merupakan satu kempen di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama.


Jika orang yang dicabar tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke yayasan ALS. Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan & mencari penawar utk penyakit ALS ni.

Kempen ini secara tidak langsung memberikan kita sedikit sebanyak maklumat berkenaan penyakit ini sekaligus menambahkan sikit pengetahuan umum kita sebagai manusia biasa.

Jom tengok video Datuk Abdul Rahman Dahlan mandi air ais tadi kat Balai Bomba Putrajaya.


Datuk Abdul Rahman Dahlan telah mencalonkan 3 orang nama lain untuk menyahut cabaran ini.

1. Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Dato Seri Ismail Sabri
2. CEO MRCB, Tan Sri Mohd Salim
3. MP DAP Serdang, Ong Kian Ming

Post a Comment

0 Comments