Full Width CSS

Kombinasi Berorientasikan Pencapaian Cemerlang Bakal Melahirkan Generasi Terbilang Pada Masa Akan Datang @mpkotabelud


Meniti perjalanan mengekalkan kemerdekaan negara hari ini adalah sesuatu yang sukar untuk dipertahankan jika tiada kesepakatan dan perpaduan antara kaum di sini.

Mencari jawapan kepada bagaimana mewarisi kemerdekaan kepada generasi akan datang adalah sesuatu perkara yang kompleks namun tetap ada jawapan untuk hal tersebut.
Bagi Datuk Abdul Rahman Bin Dahlan, secara peribadi beliau beranggapan pengertian merdeka itu sarwajagat, maksudnya luas.

"Pertama sekali Merdeka di bahagian minda dahulu, kemudian di hati. Bila minda dan hati sudah benar-benar merdeka, akan lahir semangat yang akan tumbuh kekuatan, akan utuh kenegaraan dalam diri."

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan menegaskan terdapat pelbagai kombinasi yang positif dapat dilahirkan untuk generasi akan datang.

"Kombinasi ini bakal melahirkan insan yang berorientasikan pencapaian cemerlang dari sudut rohani, pekerjaan dan kehidupan seharian. Insan-insan yang kamil naluri kemerdekaannya, bakal melahirkan generasi yang lebih terbilang di masa akan datang".

Beliau yang juga merupakan Ahli Majis Tertinggi UMNO bercakap dalam satu perutusan Hari Kemerdekaan 57 Malaysia.




MERDEKA !

MERDEKA !

MERDEKA !

Post a Comment

0 Comments