Full Width CSS

Malaysia Berkabung Hari Ini, LRT Berhenti Sementara 1 Minit


Hari ini 22 Ogos 2014, negara kita akan berkabung dan bertafakur selama 1 minit serentak seluruh Malaysia.

Orang ramai boleh menonton secara langsung di TV dan mendengar siaran di semua stesen radio bermula jam 10 pagi.


1. Bendera akan dikibarkan separuh tiang.
2. Orang ramai digalakkan memakai baju berwarna gelap.
3. Orang ramai diminta berdiri sebentar bertafakur dan membaca Al-Fatihah.
4. Pemandu kereta diminta memberhentikan kenderaan di tempat selamat dan berdiri sebagai tanda horma (pergerakan trafik di atas Jambatan Pulau Pinang akan dihentikan sementara).
5. Sebarang aktiviti ketika waktu bertafakur diminta diberhentikan sementara.
6. Sistem perkhidmatan LRT juga akan diberhentikan sementara selama waktu yang ditetapkan, seminit.
7. Semua stesen tv dan radio tidak akan menyiarkan rancangan berbentuk hiburan.

Bertafakur sebagai tanda penghormatan kita kepada mangsa MH17 dan mari kita membacakan Al-Fatihah untuk arwah-arwah yang telah mendahului kita.

Post a Comment

0 Comments