Full Width CSS

Peguam Anwar Sakit Pula, Episod Tunda Menunda Berulang Kembali #puiii


Tak sudah² dengan isu pendakwaan Anwar di mahkamah. Baru selesai saja episod tunda menunda prosiding mahkamah yang telah berlangsung lebih 100 kali, hari ini sekali lagi Mahkamah Persekutuan terpaksa menangguhkan kes disebabkan peguam pula sakit.

Woiii ini mahkamah ker sarkas?
Dah la keputusan banyak memihak kepada Pembangkang kemudian prosiding perbicaraan pun asyik menyebelahi Pembangkang bila mereka memberikan bermacam² alasan untuk menangguhkan kes. Dulu Pembangkang kata, kalau jadi Kerajaan kelak mereka akan cuba sedaya upaya menjimatkan penggunaan 'wang rakyat'. Tapi hari ini, nampaknya Pembangkang lebih beriya² menggunakan kesempatan atas nama kerajaan BN menangguhkan kes dan sekali gus ia membabitkan kos atas faktor tersebut.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober 2014 sebagai tarikh pendengaran rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati beliau bersalah dan dan menjatuhkan hukuman dalam tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum ini mahkamah menetapkan 8 dan 9 September ini sebagai tarikh rayuan namun pembela memohon penangguhan atas alasan peguam Sulaiman Abdullah dalam cuti sakit sehingga 13 Oktober. Perkara ini diputuskan oleh Presiden Mahkamah Rayuan Yang Arif Md Raus Sharif.

Saya cadangkan, next time sebelum mula dibicarakan sesuatu kes. Peguam wajib menunjukkan surat pengesahan & keputusan klinik @ hospital bahawa peguam² tersebut telah menjalani full medical check up bagi menjamin kelancaran perbicaran kes yang sepatutnya mengambil masa singkat.

Boleh ker buat penambahbaikan ni untuk kepentingan semua pihak?


P/s : Jika Anwar didapati bersalah pun, dia tetap tak dikenakan hukuman penjara kerana dia KEBAL dan KEBEBALAN beliau menakutkan pihak berkuasa.

Post a Comment

3 Comments

  1. Bukan salah peguam tetapi bukan semua hakim bijak dalam memerangi isu peguam sakit, adakah tidak terfikir oleh hakim bahawa setiap peguam mempunyai tauliah dan lesen profesion gumaan yang melayakkan mereka mewakili anakguam (pesalah) jika barisan peguam pembela atau pendakwa sakit , lehiat berapa raami yang mewakili tertuduh dalam sesuatu kes , jika seoarng maka layak diberi pertimabgan tangguhan sebaliknya jika lebih dari 3 makqa tidak kah kes tertuduh diwakili oleh barisan peguam yang dilantik dan tidak semestinya ketua peguam . Ini cuma soal pentadbiran , kecuali hakim bersekongkol dengan peguam tertuduh (ini cuma pendapat) sahaja.

    Apa pun jika sudah keterlaluan banyak nya penangguhan bagi cuma satu kes , maka eloklah diteruskan perbicaraan kerana bagi kes Anuar bukan satu atau dua peguam yang mewakili beliau. Fikir fikirlah

    ReplyDelete
  2. cuti sakit...lama beno cuti sakitnya weh,...mumgkin kana sakit jantung kut..tak takkan sampai sebulan lebih cuti nya..rakyat nak tahu juga apa pasal tangguh lama beno...ini issue rakyat, tak kan kalu anwar semua ok...boleh tangguh...

    ReplyDelete
  3. Kalo cuti sampai 13 hb. sambung lah 14 hb...apa susah..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..