Full Width CSS

PPS : Lim Guan Eng Cabar KPN Seperti Samseng Jalanan - @reezalmerican @mpkotabelud


Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dianggap sebagai seorang yang arrogant dan melampau.

Umum ketahui, Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) merupakan pertubuhan tidak berdaftar dengan ROS dan hal demikian telah diumumkan pada minggu lepas oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPPM) & Ketua Polis Negara juga telah mengesahkannya.


Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican berkata Lim Guan Eng bertindak seolah-olah seperti gangster atau dalam istilah tepatnya samseng jalanan yang cuba terus menegakkan benang yang basah walaupun sudah terdapat bukti-bukti sahih menunjukkan pertubuhan tersebut adalah haram.


"Kenyataan itu juga seolah-olah memberi isyarat beliau sudah tidak mempunyai keyakinan terhadap pasukan polis dan memberi gambaran kononnya kadar jenayah di negeri ini adalah tinggi," katanya.

Untuk makluman, awal minggu lepas Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan telah membongkar isu-isu yang memperlihatkan PPS merupakan sebagai pertubuhan haram yang berlagak seperti samseng di Pulau Pinanh terutamanya apabila anggota pertubuhan tersebut dilihat membawa senjata sesuka hati di sini.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Kepala Batas yang dirasmikan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan.


Pada majlis perasmian itu juga, YB Menteri turut melancarkan sambutan bulan kemerdekaan bagi parlimen Kepala Batas.

Post a Comment

0 Comments