Full Width CSS

Suami Gila Benarkan Orang Lain Buat Seks Dengan Isteri Depan Mata


Tabiat pelik seorang lelaki yang gemar melihat isterinya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain di hadapannya akhirnya terbongkar selepas wanita terbabit yang tidak tahan diperlakukan sedemikian nekad membuat laporan polis, kelmarin.

Wanita berusia 28 tahun yang sedang sarat mengandung sembilan bulan itu membuat keputusan melarikan diri dari kediamannya di Taman Daya, Kepong di sini dan membuat laporan polis selepas menerima panggilan dari suaminya kira-kira jam 10.30 malam, Ahad lalu mengarahkannya bersiap sedia untuk melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang akan dibawa pulang pada malam itu.

Mangsa yang berniaga barang permainan kanak-kanak di sebuah pasar raya di Selayang itu mendakwa suaminya sudah beberapa kali memaksanya melakukan hubungan seks dengan lelaki Bangladesh terbabit dengan alasan untuk suka-suka dan lebih terangsang dengan kali terakhir diperlakukan sedemikian pada Julai lalu ketika dia mengandung tujuh bulan.

Menurut sumber, suami wanita terbabit yang berusia 34 tahun ditahan sejurus polis menerima laporan dan kini direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan.

"Lelaki Bangladesh terbabit juga sudah ditahan dan siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai pembantu kedai borong permainan kanak-kanak di Chow Kit. Suspek berusia 26 tahun.

"Mangsa sudah pun dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan," kata sumber.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kes itu dan siasatan sedang dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Post a Comment

2 Comments

  1. Kpd suami2 yg teringin melihat isteri nya disetubuhi atau kita sama2 main wife u,boleh email sy utk berbincang lanjut secara rahsia dahulu :santapanjiwa3@gmail.com....sy lelaki yg berumur 37thn,...kerahsiaan amat penting bagi sy dlm hal nie..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..