Full Width CSS

Pengurusan Bola Sepak #KLFA Mabuk Ketum Salah Letak Tarikh? @khairykj


Sama ada sengaja ataupun tidak, surat ini sudah menjadi viral ke seluruh What'sApp group belia² seluruh Wilayah Persekutuan yang prihatin untuk menjayakan program pemilihan pemain bola baru mewakili KLFA untuk team Piala Presiden 2015.

Surat yang dikeluarkan pada 29 Oktober 2014 dan selection akan diadakan pada 11 & 12 Oktober 2014. Hah cuba bayangkan macam mana nak cerita ni.


Isu ini mungkin nampak remeh tetapi disebabkan sikap pengurusan yang lemah ia mungkin bakal memberikan kesan sampingan kepada team bola sepak ini pada masa akan datang. Barangkali confirm, akan ada komen² sinis yang mengatakan 'alahhh blogger ni saja je nak balun, isu remeh je'.

Ya mungkin ianya remeh dan tiada masalah untuk pemilihan pemain bola akan datang ini. Tetapi jika kelemahan remeh ini tidak diatasi dan dibaiki, inilah punca kepada kegagalan pasukan bola sepak gagal melahirkan pemain berkualiti disebabkan sikap acuh tak acuh pengurusan.

Bayangkan jika team ini terpaksa bermain di luar Semenanjung Malaysia dan tiket kapal terbang perlu ditempah tetapi si Setiausaha nya melakukan kesilapan yang sama dengan tersalah memasukkan tarikh penerbangan. Tarikh boleh diubah tetapi aliran wang keluar pasukan akan berkurangan juga disebabkan denda / fee terpaksa ditanggung atas kesilapan ini.

Post a Comment

0 Comments