Full Width CSS

Salah Siapa Jika Alvin & Namewee Jadi Kebal Jika Semua Akta Nak Dimansuhkan? @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Kebelakangan ini wujud desakan daripada Bar Council bersama NGO-NGO yang dipacu tunggang parti pembangkang yang menuntut Akta Hasutan dimansuhkan. Alasan mereka perlu ada akta lain diganti dengan Akta Baru yang dilabel dengan nama Akta Harmonilah, Akta Unitilah dan macam-macam lagi.

Sebelum ini mereka desak ISA dimansuh dan Kerajaan pada ketika itu tunduk 'KECUT PERUT' pada tekanan dan ISA telah dimansuhkan. Kesannya kita lihat kegiatan jenayah naik. Adakah kerajaan kita ini Kerajaan SUPER MANSUH??
Yang disalahkan selepas itu adalah PDRM. Rakyat yang patuhi undang-undang hidup dalam ketakutan. Apa isi kandungan undang-undang baru yang dicadangkan oleh entiti tunggangan pro-pembangkang ini?

Adakah mereka ini membuat sebarang rujukan dibuat kepada sebilangan besar stakeholder kaum-kaum dalam negara ini? Adakah ia menjadikan sebarang aktiviti yang mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum suatu kesalahan seperti yang diperuntukkan Akta Hasutan?

Adakah pihak yang menyebarkan perasaan permusuhan kaum boleh didakwa di Mahkamah? Adakah badan lain akan diujudkan untuk membicarakan isu-isu perkauman? Jika ya, siapa pula yang akan mendengar dan memutuskannya?

Terlampau banyak persoalan-persoalan yang boleh disenaraikan. Rakyat perlu tahu dan patut tahu. Bar Council buat deraf dan rakyat dibiar dalam kegelapan. Mungkin inilah maknanya ketelusan mengikut versi BAR COUNCIL….

Mengapa pula Bar Council yang deraf Akta ini? Rakyat tidak pernah memilih Bar Council menjadi pemimpin mereka. Rakyat juga tidak gemar dengan sikap DOUBLE STANDARD Bar Council. Hasilnya kita lihat kes-kes yang berlaku pada ketika ini menjadi topik yang cukup hangat diperkatakan, sehingga ada pihak yang cuba menyalahkan pihak POLIS kononnya tak tegas mahupun tak menjalankan tugas...

Hal ini bukan saja dibangkitkan oleh pihak pembangkang, tetapi, ada sebilangan kecil yang kurang faham isu ini dalam pihak kerajaan juga membangkitkan perkara yang sama. Adakah Alvin dan Namewee ini 'kebal' dari undang-undang? Adakah mereka ini 'dijaga' oleh seseorang supaya bebas untuk mengeluarkan kata-kata kesat yang berbau perkauman dan menghina pemimpin negara?

Untuk pengetahuan semua dalam soal undang-undang pihak Polis telah menjalankan tugas mereka. Memang kita berasa pelik, kenapa bila orang Melayu melakukan kesalahan cepat mereka dikenakan tindakan. Ini jawapan Menteri Dalam Negeri :


Baca juga pendedahan di blog Din Turtle dan Jomo Malaya

Jelas sudah jawapan Menteri Dalam Negeri...pada pihak Peguam Negara kenapa lambat untuk membuat kerja? Bukankah kertas siasat telah dibuka dan dibuat oleh pihak Polis. Prosuder apakah yang membuatkan Peguam Negara macam KECUT PERUT untuk membuat tindakan...nak tengok jatuhkan hukuman jauh sekali lah kan.

Adakah Peguam Negara dan pihak Kerajaan menunggu-nunggu supaya Akta Hasutan dimansuhkan barulah nak buat kerja? Rasanya masa tu, korang semua goyang kaki lah kan....Atau Peguam Negara takut dengan geng-geng peguam di Bar Council sebab susah nak cari makan nanti??

Pada PM Najib, GR harap beranilah dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan keselamatan rakyat dan negara. Kalau rasanya asyik nak ambil hati satu bangsa dan kaum saja, baik hentikanlah..sampai bila kita nie asyik nak DITIPU saja oleh mereka.

Pertahankanlah 4 perkara utama yang termaktub dalam Perlembagaan negara. Jangan asyik tunduk dengan kehendak satu-satu kaum nie, yang sebenarnya habuk pun tak der. Mereka sebenarnya hanya mahukan kuasa....janganlah asyik berucap berapi di atas pentas pertahankan hak orang Melayu dan bla bla blaaaa...kalau rasa diri kita tu ada rasa takut sikit nak buat keputusan.

Jadi Perdana Menteri perlu berani untuk buat keputusan, bukannya ikut cakap-cakap para punahsihat yer wahai PM Najib ku sayang.....

Ini proses sebenar Polis buat kerja atau Peguam Negara yang PEMALAS??


Sumber : Gossip Rakyat

Post a Comment

2 Comments

  1. Tak sangka pula kenapa Gani patail begitu penakut...mungkin masa kes Nuar Brahim dulu keberanian dia hanya bergantung kepada Dato Musa hasan...lepas tu, sekarang kenapa Bacul dan penakut sangat...Kalau lah dah rasa diri tu dah tak bolih berfungsi sebagai AG..kenapa kamu tidak meletak saja jawatan secara terhormat dan balik kampung kau di Sabah. Jangan nak menyusahkan kami rakyat semenanjung dengan tipu helah kau...Bangunlah dan jadilah JANTAN SEBENAR wahai Gani Patail.

    ReplyDelete
  2. Orang yang tidak layak bila dipilih jadi AG beginilah jadinya...Begitu juga jadinya bila yang tidak layak dipilih jadi PM.Oh negaraku Tanah Melayu.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..