Full Width CSS

@rafiziramli Terpaksa Berbohong Demi Melonjakkan Namanya Kembali Dalam Pakatan Haram Jadah


Sebelum ini Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli lantang bersuara di Dewan Rakyat dalam membongkar isu 1MDB sehingga sanggup bertemu dan bertentang mata terhadap Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Ahmad Maslan.

Malah, beliau berjanji akan memberikan dokumen yang didakwanya sebagai bukti terhadap penyalahgunaan wang 1MDB seperti mana yang didakwanya kepada Speaker Dewan Rakyat.


Itu apa yang berlaku minggu lepas di Dewan Rakyat, tetapi tidak pada hari semalam yang mana ramai ahli BNBBC dan Datuk Ahmad Maslan menunggu kehadiran Rafizi Ramli bersama bukti dokumen yang diuar-uarkan minggu lepas.

Sehari suntuk pemimpin BNBBC menunggu kelibat Rafizi Ramli di Dewan Rakyat, tetapi batang hidung Naib Presiden PKR itu tetap juga tidak kelihatan seolah-olah takut.

Akibatnya Ahmad Maslan terpaksa buat sidang media sendirian bagi menerangkan situasi sebenar berhubung 1MDB bagi merungkai dakwaan Rafizi Ramli sebagai palsu dan bohong.

Ketidakhadiran Rafizi Ramli ke Dewan Rakyat juga mengundang rasa kecewa dan marah Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mana ketika itu beliau ingin membuat ruling usul Rafizi yang mahukan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Saya difahamkan Ahli Parlimen Pandan kurang sihat tetapi dokumen yang saya tunggu sejak Khamis lepas masih belum sampai kepada saya. Dokumen dari Kementerian Kewangan saya sudah terima,” katanya seperti yang dilapor BNBBC.

Minggu lalu, Pandikar Amin berkata, beliau berjanji akan membuat keputusan atau ruling terhadap usul Rafizi terhadap Ahmad Maslan yang didakwa mengelirukan Dewan apabila memberi jawapan berhubung isu 1MDB di Parlimen.

Sebelum ini beliau juga meminta Rafizi dan Ahmad Maslan untuk mengemukakan dokumen masing-masing untuk dijadikan rujukan sebelum membenarkan usul berkenaan dibahaskan.

Sementara itu Ahmad Maslan memberitahu pihaknya telah menyediakan dokumen serta pegawai-pegawai Kementerian Kewangan bagi berdepan usul itu jika diterima dan dibahaskan di Dewan Rakyat.

Dengan situasi terbaru ini jelas menunjukkan gaya yang ditunjukkan Rafizi Ramli itu sama seperti yang digunapakai Anwar Ibrahim dalam beberapa kesnya sebelum ini.

Modus operandinya yang menyalahkan kerajaan dan bukti terbaik ialah bagaimana pembohongan Anwar Ibrahim yang mengatakan ada Ahli Parlimen BN akan melompat parti sekaligus membolehkannya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Post a Comment

2 Comments

  1. Kedua2 Rafizi & Tony Phua bukanlah manusia yg bersih & bijak untuk metadbir Malaysia.

    Dinegeri2 pakatan kayra Ilmuan intelek mereka gagal dibuktikan. Setakat buat sebiji jamban..suruh beli plastik setiap sabtu bukanlah sumbangan ekonomi.

    Membina ekonomi berbeza dengan mengambil komisyen cukai..
    anda lebih bodoh dari BN yg corrupt itu..

    Bisnes sendiri lingkop..letak gambar mahathir tak membantu jadi popular

    ReplyDelete
  2. Apa citer dengan isu DOJ dari US tu? Tu pun tipu jugak ke? Hanya org kurang siuman jerr yang sukar nak terima kenyataan asing!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..