Full Width CSS

Bas Menghimpit Punca Van @UMNOWP Terbabas #PrayForPantaiTimur @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Sebuah kenderaan Misi Bantuan Kemanusiaan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan ke Tanah Merah, Kelantan telah ditimpa kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur awal pagi ini.

Kejadian dikatakan berlaku apabila van yang dipandu terbabas di bahu jalan disebabkan sebuah bas yang datang dari arah belakang cuba memotong tetapi tidak berjaya dan telah menghimpit van yang dinaiki mereka sehingga terbabas ke tepi jalan.


Dilaporkan ada 4 orang penumpang termasuk pemandu yang mengalami kecederaan seperti patah kaki, bengkak di kaki dan kepala. Manakala lain-lain penumpang hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Cik Sharifah Aminah juga turut berada dalam van tersebut dan mengalami kecederaan di kaki. Ketika kejadian, semua penumpang sedang tidur akibat keletihan.


Untuk makluman bersama, UMNO WP telah menghantar lebih 200 sukarelawan terdiri daripada ahli UMNO untuk membersihkan Sekolah Kebangsaan Sri Suria 3 , Tanah Merah, Kelantan.


Konvoi berlepas pada 8 Januari 2015 dan setelah selesai program, sebahagian sukarelawan pulang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti pelbagai program bahagian masing-masing dan mempersiapkan anak-anak untuk kembali ke sekolah esok.
Semoga semua sukarelawan dari seluruh negara selamat dalam perjalanan mereka. Amin.

Program & aktiviti UMNO WP, klik sini.

Post a Comment

0 Comments