Full Width CSS

Dulu Zahid Kini Hisham Pula Sasaran Malaysiakini & Kit Siang @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O


Melihat kepada perkembangan isu surat yang ditulis dan ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi, saya beranggapan ia adalah satu strategi busuk yang berniat jahat sengaja menghentam Menteri kerana track recordnya sebelum ini amat baik pada pandangan mata umum.

Sebelum ini Zahid dipuji melambung di atas ketegasan beliau bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menangani dan membanteras gejala gengsterisme, jud, maksiat dan dadah di seluruh Malaysia baru² ini. Mungkin terkesan dengan tindakan drastik yang boleh dianggap 'berani mati' oleh pihak berkuasa, berkemungkinan juga melalui rangkaian antarabangsa, penjenayah² ini cuba menjatuhkan kredibiliti Zahid melalui penyebaran surat kepada FBI.

Pertama sekali Pembangkang melalui portal jahanamnya telah cuba membuat pelbagai persepsi supaya rakyat terikut² dengan agenda terancang daripada mereka. Portal pro-pembangkang itu turut menyiarkan laporan ini.

Lihat di bawah :


Yang ramai tak paham adalah isi kandungan surat tersebut adalah PENJELASAN mengenai status Paul Phua dan kongsi gelap 14k Triad. Kandungan surat itu bukannya untuk memberitahu kepada FBI bahawa Zahid Hamidi menyokong Paul Phua dan berharap FBI tidak mendakwanya.


Saya rasa sekarang ini FBI sedang mengekek² tergelak dari Amerika mengenai situasi semasa di Malaysia ini yang seharusnya tidak menjadi isu besar pun. Ia barangkali SOP biasa.

Berikut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Zahid Hamidi.

KENYATAAN MEDIA
MENTERI DALAM NEGERI
YB DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI

Berikutan isu surat saya kepada Timbalan Pengarah, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat bertarikh 18 Disember 2014 adalah untuk menjelaskan status seorang rakyat Malaysia bernama Paul Wei Seng Phua atau Paul Phua yang dituduh terlibat dengan aktiviti perjudian haram di Amerika Syarikat dan kini sedang dibicarakan di Mahkamah negara tersebut.

Sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan negara, maka saya telah menjelaskan status Paul Phua dan kongsi gelap 14K Triad seperti mana yang telah dinyatakan oleh Ketua Polis Negara seperti berikut :

• tidak wujud Kumpulan Kongsi Gelap “14K Triad” di Malaysia;
• Paul Phua bukanlah ahli kepada Kumpulan Kongsi Gelap “14K Triad” di Malaysia

Berkaitan pertikaian kandungan surat saya mengenai Paul Phua membantu kerajaan dalam urusan keselamatan, ia tidak dapat didedahkan kerana melibatkan isu keselamatan yang berstatus Rahsia Besar dan tidak boleh sewenang-wenangnya diwar-warkan kepada umum atas faktor kepentingan dan keselamatan negara. Bahkan maklumat-maklumat rasmi Kerajaan tersebut turut dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi 1972.

Maka dengan menggunakan budi bicara, saya mengeluarkan surat penjelasan status Paul Phua kepada pihak FBI dan bukanlah surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Phua seperti yang dilaporkan oleh portal berita pro-Pembangkang.

Saya telah berulang kali menyatakan bahawa saya tetap akan membanteras gejala gengsterisme, judi dan dadah di negara kita. 


Sekali lagi saya ingin menekankan bahawa saya tidak akan berkompromi dengan gejala tidak sihat dan episod ini telah menguatkan semangat saya untuk terus memerangi dan menghapuskan aktiviti jenayah hingga ke akar umbi.

Pihak kerajaan tidak sama sekali menyokong sebarang tindakan oleh mana-mana individu termasuk Paul Phua yang berkait rapat dengan sebarang organisasi jenayah sekiranya ada.


 

Dengan kenyataan dari Zahid Hamidi, Malaysiakini telah dilihat sebagai gagal kerana berita yang cuba digembar-gemburkan telah difaktakan oleh tuan empunya badan sendiri. Barangkali kisahnya sudah habis di sini.

Namun sikap busuk hati Pembangkang melalui Kit Siang yang sengaja pula mencari orang lain bagi mengaitkan isu yang lebih kurang sama bagi memalukan ke semua bekas Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) terutamanya.

Hishammuddin Hussein mantan Menteri Dalam Negeri adalah sasaran terbaru Pembangkang. Berikut tweet daripada Kit Siang laknatullah.


Lihat bagaimana Kit Siang mencuba sedaya upaya membawa masuk semula mantan² Menteri Dalam Negeri ke dalam isu ini. Sedangkan mereka semua tak terlibat langsung dalam agenda yang cuba disemai oleh Kit Siang.


Bagi saya, tak perlu pun Hishammudin dan mantan² Menteri Dalam Negeri yang lain respon kepada Kit Siang ni kerana hanya membuang masa kerana semua orang tahu bahawa Kit Siang hanya cuba membuat provokasi terhadap pemimpin UMNO dan suara mereka dari Pembangkang adalah propaganda daripada pihak² yang merasa teraniaya akibat daripada tindakan PDRM sebelum ini.

Akhir sekali jika kebenaran itu milik kita, tetapi adakah bangsat² komunis ini akan memohon maaf hasil daripada kejian serta 'tembakan' yang memalukan kepada pemimpin hari ini dan terdahulu? Jawapannya tidak.

Apa yang penting, kerajaan hari ini harus mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan siapakah dalang di sebalik semua kejadian yang sengaja ditimbulkan ini. Bagaimana surat sulit daripada Zahid Hamidi kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano pada 18 Disember 2014 boleh diterbitkan oleh Hong Kong South China Morning Post.

Itu adalah persoalan penting. Mungkin ada tali barut KOMUNIS dalam KDN.

Ini cerita² Cina DAPig yang cuba sensasikan. Haram tak guna dorang ni nak pecah belahkan Melayu UMNO.

Post a Comment

0 Comments