Full Width CSS

Kasihan Presiden MIC Terpaksa Hantar Sendiri Isteri Pergi Klinik


Ding dong krisis dua puak dalam MIC jalan terus bila Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel masih berdegil dan tolak cadangan Barisan Nasional untuk tubuh sebuah seketariat khas urus parti itu sehingga pemilihan semula diadakan.

Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar keluarkan kenyataan menolaknya tidak lama selepas Setiasaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor adakan sidang akhbar di Putrajaya umum cadangan berkenaan.

Sebelum itu Presiden MIC itu tidak hadir pertemuan yang dijadualkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ,Timbalannya Tan Sri Muhyiddin serta Tengku Adnan di Jabatan Perdana Menteri.
Bagaimanapun Timbalan Presiden MIC yang juga Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam hadir. Beliau pada dasarnya bersetuju dengan cadangan BN tubuh seketariat itu.

Palanivel tidak datang dengan memberi alasan isterinya sakit. Beliau hantar wakil Datuk S Sothinathan. Bagaimanapun Sothinathan tidak dibenarkan masuk pertemuan dan tunggu di luar kerana ia khas untuk Presiden dan Timbalan Presiden MIC sahaja.

Palanivel dalam kenyataannya kata tidak mahu MIC ditadbir oleh pihak ketiga.Beliau juga hentam Subramanian kerana terima cadangan itu.

Dalam sidang akhbarnya Tengku Adnan memberitahu seketariat yang dicadangkan itu itu akan dianggotai oleh wakil-wakil komponen BN yang tidak ada kena mengena dengan hal ehwal orang India.

Wakil kedua-dua puak Palanivel dan Subramanian juga tidak ada dalam seketariat itu.

Katanya sekretariat berkenaan antara lain ditugaskan untuk membersihkan semua cawangan dan bahagian yang didapati tidak sah oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Menurut Tengku Adnan cadangan itu dicapai dalam satu pertemuan di antara Perdana Menteri , Timbalannya, Subramaniam dan beliau sendiri.

"Palanivel hantar SMS dia tak dapat hadir kerana menghantar isterinya yang sakit dada ke hospital.

"Palanivel telah menghantar Datuk S Sothinathan tetapi kami tak boleh terimanya. Saya beritahu kami hanya mahu jumpa Presiden dan Timbalan Presiden MIC," kata Tengku Adnan.

Menurut Tengku Adnan beliau telah memberitahu Sothinathan bahawa apabila presiden tidak ada tetapi timbalan ada, mesyuarat masih boleh diteruskan.

Tengku Adnan menjelaskan BN terpaksa campurtangan dalam krisis MIC kerana sudah jelas parti itu telah berpecah kepada dua pihak yang sehingga kini masih bertelagah.

Tengku Adnan berkata mesyuarat berkenaan juga mencadangkan supaya jawatankuasa Pusat MIC yang dipilih oleh perwakilan parti MIC pada 2009 sehinggalah pemilihan yang baru masih boleh digunapakai.

Bagaimanapun semua sembilan jawatan lantikan menggunakan kuasa Presiden pada 2009 tidak diambilkira.

"Maka untuk melicinkan perjalanan parti sehingga pemilihan baharu, kami cadangkan perjalanan parti dipertanggungjawabkan kepada satu sekretariat Barisan Nasional (BN).

"Sekretariat ini akan dianggotai oleh komponen BN yang tidak ada kena mengena dengan kaum India dan mereka akan membantu membersihkan semua cawangan-cawangan yang didapati tidak sah oleh ROS.

"Selepas itu baru kita minta jawatankuasa pemilih MIC yang dipersetujui bersama oleh BN dipengerusikan oleh Tan Sri K Kumaran untuk mempengerusikan jawatankuasa pemilihan MIC dan menjalankan konsep pemilihan," katanya lagi.

Sehubungan itu Tengku Adnan meminta kedua-dua puak dalam MIC supaya jangan membuat kenyataan media sebaliknya berbincang kaedah terbaik untuk mengatasi kemelut dalam MIC.

"Saya menyeru kedua-dua pihak supaya duduk berbincang dan jangan mengeruhkan keadaan. MIC adalah rakan BN yang perlu kita mantapkan," katanya.

Menurut Tengku Adnan selepas selesai mesyuarat beliau telah bertemu dengan Sothinathan dan menyampaikan cadangan yang telah dipersetujui bersama.

Namun katanya, Sothianathan berkeras mengatakan dia TIDAK mahu menerima cadangan itu. Sothianathan memberi alasan presiden tidak ada kuasa sekiranya cadangan itu dibenarkan.

Datuk Subramaniam bagaimanapun pada dasarnya telah bersetuju.

Tengku Adnan berkata BN akan menyerahkan tanggungjawab kepada Setiausaha Kerja BN ,Datuk Abu bin Khamis untuk mengaturkan penubuhan seketariat berkenaan.


Sumber : Agendadaily

Post a Comment

0 Comments