Full Width CSS

Menteri Pertahanan ASEAN Tandatangani Deklarasi Bersama #LIMA15 #Langkawi


Hari ini Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-9 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi.


Difahamkan mesyuarat pada hari ini dijangka mencapai persefahaman dalam menangani kekangan anggota ASEAN khususnya dalam mendepani ancaman kumpulan militan IS.

"(Mesyuarat akan membincangkan) cara negara anggota dapat memastikan ASEAN sebagai sebuah entiti menjadi jambatan untuk menghubungkan kita, sama ada semasa aman atau dalam konteks ketika kita berurusan dengan tragedi atau bencana," katanya.


Antara Menteri yang hadir ;
1. Kol (B) Datuk Seri Mohammad Yasmin Umar (Brunei Darussalam)
2. Ken Tea Banh (Kemboja)
3. Jen (B) Ryamizard Ryacudu (Indonesia)
4. Lt Jen Sengnouane Sayalath (Laos)
5. Lt Jen Wai Lwin (Myanmar)
6. Voltaire T Gazmin (Filipina)
7. Dr Ng Eng Hen (Singapura)
8. Jen Prawit Wonsuwon (Thailand)
9. Jen Phung Quang Thanh (Vietnam) 

Juga turut hadir Setiausaha Agung ASEAN Le Luong Minh.


Difahamkan di penghujung mesyuarat tersebut akan ditandatangani deklarasi bersama Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN mengenai 'Mengekalkan Keselamatan dan Kestabilan Serantau Bagi dan Oleh Rakyat'.


Beliau berkata mesyuarat itu akan meneliti kaedah untuk menyatukan pendirian negara anggota dalam sebarang keadaan.

ADMM diadakan di sini bersempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 yang bermula esok.


Post a Comment

0 Comments