Full Width CSS

@azwanbro Ketuai Perancangan Jatuhkan Perdana Menteri Malaysia? #PemudaTolakFitnah #PRKRompin


Awal pagi ni, pengguna media sosial terutama daripada pro UMNO & Barisan Nasional dikejutkan dengan sebuah artikel daripada sebuah portal yang memperincikan mengenai perancangan untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Kenyataan tersebut merujuk kepada beberapa nama yang dipercayai diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Azwan Bro semasa memberi taklimat di hadapan jentera Pemuda UMNO Johor di Rompin. Berikut kenyataan mengenainya.

EKSKLUSIF: 5 Sekawan Pemuda UMNO Atur Rancangan Jatuhkan Perdana Menteri?

Rompin– Kempen Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Rompin, Pahang berhadapan dengan “setback” apabila Pasukan Lima Sekawan Pemuda UMNO Malaysia lebih menumpukan usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berbanding menyusun jentera memenangi Pilihan Raya Kecil.

Lima Sekawan ini diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun, EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional, Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz.

Dalam satu pertemuan dengan Pemuda UMNO Johor di Rompin semalam, Khairul Azwan atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro, telah menghasut Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Johor agar menentang kepimpinan Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Azwan yang sepatutnya membincangkan strategi kempen Pemuda di Rompin mengejutkan Pemuda UMNO Johor kerana hanya berminat membincangkan isu sokongan Pemuda kepada Perdana Menteri.

Menurut sumber, Azwan mengingatkan Pemuda Johor bahawa sokongan Pemuda UMNO Malaysia adalah kepada jawatan Presiden UMNO bukannya kepada Mohd Najib Tun Razak.

Baca lagi di sini.

Namun pagi ini juga kami telah mendapatkan respon daripada Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, saudara Lassim menerusi What'sApp.

"Yes semalam ada mesyuarat penyelarasan jentera PRK Rompin bersama Azwan (Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia) sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya. But bukan isu guling PM (Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak).

Dalam perbincangan itu, bincang gerak kerja bagaimana pergerakan jentera dan pembahagian tugas serta isu-isu yang akan dimainkan oleh pembangkng dalam PRK ini. So yang hebat dihujahkan ialah 1MDB. My stand is very clear that PM just need to give clear explanation untuk clear isu 1MDB ni.

Thats all and tiada cerita kita nak guling PM pun. Good discussion dan keputusan kita akhirnya sama untuk wait pac dan auditor general report. Stop at there and sambung plan susun gerak kerja PRK balik macam biasa jek."

Sebagai pengamal media sosial, saya berpandangan apakah bentuk kepentingan yang cuba ditonjolkan portal terbabit terhadap kedua-dua belah pihak ini. Adakah ini salah satu bentuk operasi yang berkesan dan boleh mendatangkan pertambahan kuantiti undi di #PRKRompin.

Jika dilihat pada senario tidak sihat ini, Pemuda UMNO dipukul canang seolah-olah tidak memberikan kepercayaan kepada Perdana Menteri sebagai Presiden UMNO.

Namun apakah artikel terbabit dirasakan amat perlu di saat UMNO kini di dalam 'dugaan' pertamanya menghadapi kepercayaan rakyat selepas pelaksanaan cukai 6% GST yang dikatakan 'menyusahkan' seluruh warganya.


Kita dah lama tahu peranan portal ini ketika tempoh 6 tahun mantan Perdana Menteri ke 5 menjawat jawatan selaku Presiden parti ketika itu. Siapa yang menjadi penambah dan penyedap rasa kepada perasaan ketidakpuasan hati terhadap PakLah ketika itu. Umum juga ketahui siapakah pencatur di belakang agenda ini.

Secara peribadi saya berpandangan artikel yang diterbitkan ini amat keras atau dalam erti kata sebenarnya ia menghina Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia secara keseluruhannya. Jika dakwaan tersebut tidak benar, apalah kiranya Pemuda UMNO tampil ke hadapan membuat laporan Polis terhadap fitnah yang dilemparkan yang boleh memberi bad perception kepada institusi tersebut. 

Apa pun ini adalah permainan politik yang bakal mengubah senario politik tanah air terutamanya di dalam UMNO itu sendiri. Tapi apakah ia merupakan keperluan? Atau sebenarnya ada pihak yang cuba mensabotaj kempen UMNO & Barisan Nasional (BN) di PRK Rompin.

Lebih baik fikirkan cara bagaimana hendak menyatupadukan orang Melayu di sini di bawah satu bumbung menuju kepada perpaduan dan kemajuan bersama.


* apa korang ni tak sedar ker siapa yang patut dibuat musuh sebenarnya? 

Post a Comment

0 Comments