Full Width CSS

Harga Topup Henpon Kembali Pada Asal Selewat-Lewatnya Hujung April #GST


Empat syarikat telekomunikasi (telco) utama negara sedia memberikan bonus kepada semua pengguna perkhidmatan prabayar sepanjang bulan ini, sebelum ia memperkenalkan harga baru kepada perkhidmatan tersebut.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, bonus terbabit melibatkan nilai antara RM1.20 dan RM1.30 yang akan ditambah ke dalam akaun pengguna.
Ahmad berkata empat syarikat telco berkenaan Maxis, Celcom, Digi dan U-Mobile bersetuju berbuat demikian selepas sesi perbincangan dengannya pada Jumaat.

Jelasnya lagi, tempoh sebulan tersebut dipersetujui untuk memberi masa kepada syarikat berkenaan mengubahsuai semula sistem mereka.

Selepas tempoh itu, pengguna akan dikenakan caj RM9.43 dicampur dengan RM0.57 GST untuk perkhidmatan prabayar bernilai RM10.00

"Semalam, syarikat telco telah memutuskan, setelah berbincang dengan kastam, untuk mengekalkan harga RM10.60 (contoh bagi kad prabayar RM10) tetapi mendapat bonus 'air time' bernilai hingga RM1.30.

"Namun setelah menerima bantahan daripada rakyat, saya mengadakan satu lagi mesyuarat bersama telco untuk mengubah keputusan tersebut kepada pengekalan harga RM10 ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Proton Holdings Bhd, di sini hari ini.

Beliau juga mengulangi bahawa kupon tambah nilai prabayar itu sememangnya dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar enam peratus sebelum ini.

Justeru katanya harga tidak sepatutnya berubah apabila GST dilaksanakan.

Tambah nilai prabayar yang dijual melalui kad atau kupon sebelum ini adalah antara barangan yang dikenakan GST apabila ia berkuatkuasa 1 April lalu.

Bagaimanapun ia tidak disambut baik pengguna yang kebanyakan mereka daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Post a Comment

0 Comments