Full Width CSS

Pembangkang Meroyan Bila Hishammuddin Jenguk Rumah Mangsa Kebakaran Lama #PRKRompin


Pembangkang hari ini agaknya terlalu angkuh dan sombong dengan apa yang mereka lihat dan miliki. Sikap sebegini sememangnya tidak membantu langsung masyarakat setempat terutama mereka yang tidak bernasib baik dan amat memerlukan perhatian daripada pihak² sewajarnya.

Sikap tersebut dimiliki oleh seorang blogger bertaraf janda meletop berasal dari Selangor yang pernah kantoi khalwat dengan seorang lelaki bukan Muslim semasa musim pemilihan parti PKR yang lepas. Kalau dah sikap peribadinya pun tak melambangkan kebaikan, apatah lagi membaca penulisannya yang berbaur provokasi dan tidak bertanggungjawab.


Pada pandangan blogger ini, beliau merasakan tindakan Pengarah Jentera Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Hishammuddin Hussein menziarahi rumah mangsa kebakaran yang telah lama berlaku adalah satu perkara yang perlu dipersalahkan kepada Menteri Pertahanan ini, UMNO dan kerajaan BN. 

Ini adalah salah satu bentuk penulisan yang sengaja mengajak pembaca memihak kepada Pembangkang walhal isu yang sebenarnya adalah rumah mangsa kebakaran ini belum dapat dibaik pulih mungkin atas beberapa faktor yang barangkali banyak pihak tidak ketahui.

Pertamanya, saya tertarik dengan satu komen dari pengguna di Facebook yang mengakui beliau adalah adik ipar kepada mangsa kebakaran ini yang ditujukan kepada FB milik Friends of BN yang telah menyiarkan gambar tersebut pada 25 April 2015.

"Admin: untuk pengetahuan itu rumah abg ipar saya. Dh lama dh terbakarnya tp tak ada pn menteri dtg lawat. Adun bkt ibam pn dtg sekali je ziarah lpas terbakar ari tu, tak ada pn bantuan rumah baru. Dorang dh lama tido rumah beratapkn langit tp kenapa sekarang br nk dtg lawat? Ohhh....dulu sebuk! Tp sekarang bila ada PRK ada masa plak nk lawat, berlambak lg isu tertunggak sejak PRU13. Kami org2 kg aur dan kawasan mukim keratong lebih tau cerita sebenar drp admin, jd tak pyh nk kaburi mata org luar dgn gmbar2 mcm ni."


Mungkin penjelasan daripada saya sebagai blogger marhein ini boleh membantu dan membuka mata adik ipar mangsa dan pembaca yang lain.

1. itu rumah abg ipar saya - sebagai adik ipar, apakah sumbangan saudara untuk abang ipar? Maksudnya bukan dari segi bantuan kewangan tetapi pertolongan daripada segi mendapatkan bantuan daripada pihak² atau agensi² tertentu.

2. Adun bkt ibam pn dtg sekali je - pada pendapat adik ipar mangsa, berapa kali harus seorang ADUN datang untuk melawat rumah mangsa?

3. tak ada pn menteri dtg lawat - kebetulan Menteri diberitahu mengenai nasib rumah mangsa yang barangkali tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak tertentu, itu pasal Menteri Pertahanan yang tiada kena mengena dengan rumah terbakar tersebut sanggup hadir atas kapasiti Pengarah Jentera BN di Rompin. Patutnya tuan bersyukur kerana ada Menteri datang tengok rumah ni. Amat jarang sekali kita baca dan dengar Menteri turun padang tengok rumah mangsa kebakaran.

4. tak ada pn bantuan rumah baru - tidak pernah ada dalam dunia, kerajaan menyediakan rumah baru untuk mangsa² kebakaran kecuali ia melibatkan banyak mangsa berkeluarga dan kebiasaannya pihak berwajib seperti JKKK atau ADUN akan mengambil inisiatif menempatkan mangsa di balai² raya atau sekolah untuk tempoh sementara.

5. kenapa sekarang br nk dtg lawat - kebetulan kawasan tersebut diadakan PRK, so apa salahnya datang dan hulurkan bantuan. Sebelum ni Penghulu atau wakil dari parti Pembangkang ada datang melawat rumah mangsa tak dan hulurkan sumbangan?

6. ada PRK ada masa plak nk lawat - kena faham situasi semasa, kali ini yang datang melawat adalah Ahli Parlimen Sembrong yang takda kepentingan langsung dalam kawasan Parlimen ini tetapi niatnya datang adalah untuk membantu. 


7. tak pyh nk kaburi mata org luar dgn gmbar2 mcm ni - sebagai orang luar yang melihat gambar tersebut, pastinya saya serta para pembaca lain yakin bahawa abang ipar tuan tidak berlakon menangis di hadapan Menteri.

Pada pendapat saya, seharusnya beliau sebagai adik ipar mangsa perlu bersyukur kerana permasalahan yang dihadapi mendapat perhatian Menteri dan beliau juga perlu ketahui apakah bentuk² saguhati yang disediakan oleh kerajaan kepada mangsa² kebakaran. Contohnya di negeri Pahang, kerajaan akan memberikan pampasan / saguhati RM5,000 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menyediakan bantuan² dalam bentuk barangan serta wang tunai.

Jangan terlalu buruk sangka atas keprihatinan pihak yang datang menzahirkan perasaan tersebut. Mungkin adik ipar mangsa boleh ajukan soalan yang serupa kepada calon dan parti lawan (PAS) di Rompin, di manakah mereka?

Keduanya, jangan kufur nikmat. Kehadiran Menteri boleh dianggap sebagai tetamu yang membawa rezeki / rahmat kepada tuan rumah tersebut.

Nabi s.a.w bersabda:"Apabila tetamu masuk ke rumah seorang, maka dia masuk dengan membawa rezekinya, dan jika keluar dia membawa pengampunan dosa orang-oranr rumah itu."

(HR Addailami dri Anas r.a)

Hasil daripada lawatan Menteri, beliau telah mengarahkan Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama kerajaan negeri untuk membaiki rumah tersebut secepat mungkin. Diberitahu hari ini, kerja² membaiki telah dimulakan.


UMNO & BARISAN NASIONAL
Janji Dikota


Post a Comment

0 Comments