Full Width CSS

Pengguna #RapidKL Boleh Luahkan Pandangan Menerusi Survey


Bagi meningkatkan dan menaik taraf kemudahan serta servis RapidKL, syarikat ini telah menyediakan satu platform untuk pengguna pengangkutan awam di bawah seliaan mereka untuk memberikan respon balas serta pandangan mengenai mutu perkhidmatan mereka.

Pengguna hanya perlu melayari laman web - www.myrapid.com.my dan kemudian menandakan beberapa option berhubung pendapat peribadi mereka mengenai perkhidmatan yang disediakan hari ini adakah ianya benar² menepati citarasa pengguna ataupun tidak.

Lihat contoh di bawah



Masa yang diambil sekitar 5 sehingga 8 minit saja. Tempoh survey ini bermula pada 13 April 2015 sehingga 10 Mei 2015 sahaja.

Mungkin inilah masanya anda meluahkan pendapat mengenai mutu perkhidmatan RapidKL yang menjadi pengangkutan awam utama di Kuala Lumpur.

Barangkali ini adalah survey pertama di Malaysia melibatkan syarikat pengangkutan awam demi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna diutamakan.

So tunggu apa lagi, jom join survey ini. Untung² boleh menang hadiah menarik jika anda menyertai survey ini.

Post a Comment

0 Comments