Full Width CSS

Khalil Abdul Hadi Kata PASMA Bakal Berkubur #PRKRompin #PRKPermatangPauh


Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi melihat penubuhan serpihan PAS iaitu Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) ‎hanya bersifat sementara dan akan terkubur.

Beliau berkata, berdasarkan sejarah sebelum ini, beberapa parti serpihan PAS yang ditubuhkan seperti terbukti tidak mampu bertahan lama.
‎"Sejarah mengajar dalam PAS sendiri kita lihat pernah wujud individu-individu dan juga kumpulan-kumpulan yang akhirnya habis begitu sahaja. Dulu ada Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia), Hamim (Parti Hizbul Muslimin Malaysia) dan seumpamanya.

"(PASMA?)...‎Saya melihat apabila isu PASMA ini ditimbulkan...PAS ditubuhkan atas dasar kesedaran. Kesedaran untuk memastikan negara ini dibebaskan dari belenggu penjajah, dijaga dari segi nilai-nilai Islamnya.

"Oleh sebab itulah, PAS ini boleh bertapak sehingga hari ini. Kumpulan yang ditubuhkan atas dasar tak puas hati...tak puas hati terhadap pimpinan, pendekatan, strategi...ia hanya bersifat sekejap sahaja," katanya memetik laporan Sinar Harian dalam lawatan ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, semalam.

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman dalam nada sinis mengalu-alukan penubuhan parti baharu PASMA dan turut menyifatkan tindakan itu akan hanya menyebabkan PASMA berdepan risiko cepat mati.

Dalam kenyataan terdahulu, Presiden PASMA, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan untuk mengubah statusnya kepada sebuah parti politik berikutan kemelut dalam PR semakin kritikal.

Khalil yang juga anak kepada Presiden PAS menjelaskan, kewujudan Majlis Syura Ulama menjadi pengikat kepada semua pimpinan PAS untuk terus berada di landasan perjuangan yang sebenar.

"Alhamdulillah kami mempunyai satu sistem yang boleh mengurus dengan baik walaupun tidak sempurna. Sebagai contoh dengan kewujudan Majlis Syura Ulama yang memainkan peranan sangat penting untuk memastikan PAS terus berada di atas landasan dan prinsip Islam. Ini dijaga dalam Perlembagaan.

"Jadi, maknanya, mana-mana pemimpin PAS peringkat negeri, Pusat...kalau nak buat lari daripada prinsip dan dasar ini, tidak boleh kerana ia dijaga oleh Majlis Syura Ulama," katanya.

Post a Comment

0 Comments