Full Width CSS

Penyokong Pakatan Hina Pengundi #PRKRompin Beri Kemenangan Pada #BarisanNasional #PRKPermatangPauh


Inilah realitinya apabila kalah bertanding, penyokong parti lawan yang menang pula dihina. Tetapi dalam soal ini, bukan saja penyokong bahkan keseluruhan pengundi di Rompin, Pahang dihina sebagai bodoh kerana memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Ayat² provokasi yang digunakan jelas tidak menunjukkan kematangan berpolitik. Apa yang ada dalam fikiran mereka adalah, politik itu penghinaan dan caci maki kepada pihak lawan. Dari segi perkara positif keperluan berpolitik, mereka tidak nampak.

Anda sebagai Pembaca nilaikanlah sendiri sikap bodoh sombong penyokong parti Pembangkang yang senantiasa memperlihatkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap sesuatu perkara.

BN beri bantuan kepada penduduk yang mana rumahnya terjejas dek kerana kebakaran beberapa bulan yang lalu pun dipolitikkan apatah lagi kekalahan memalukan PAS kali ini yang tidak langsung ada peningkatan daripada segi sokongan undi. 

Bak kata orang kampung di sana, takpelah majoriti menurun sikit berbanding PRU yang lepas kerana disebabkan peratusan yang keluar mengundi kali ini kurang tetapi UMNO & BN masih terus tetap menang di Rompin ! 

Post a Comment

0 Comments