Full Width CSS

10 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Mengenai #MetroMakkah Dan #Prasarana @MyRapidKL


1. Mula dibuka pada November 2010 dan mula beroperasi pada November 2011

2. Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro dikendalikan sepenuhnya oleh Prasarana Malaysia Berhad mulai musim haji tahun ini. Kontrak adalah untuk 3 tahun.


3. Perkhidmatan rel ini hanya beroperasi 7 hari setahun ketika musim Haji dan beroperasi terus-menerus selama 24 jam

4. Operasi musim ini bermula pada 4 pagi pada 7 Zulhijjah 1436H bersamaan dengan 21 September 2015 dengan melibatkan 7,400 kakitangan termasuk 400 anak Malaysia.

5. Menggunakan tren 12 gerabak dengan kapasiti 3,500 penumpang

6. Frekuensi adalah antara 2 hingga 15 minit bergantung kepada pergerakan. Terdapat 5 pergerakan berdasarkan ibadat rukun dan wajib Haji.

7. Panjang tren ini adalah 300m dan mempunyai 120 pintu

8. Panjang laluan 18.1km

9. Mempunyai 9 stesen iaitu Arafah 1 - Arafah 2 - Arafah 3 - Mudzalizah 1 - Mudzalifah 2 –– Mudzalifah 3 - Mina 1 – Mina 2 - Jamarat (Mina 3)

10. Jumlah penumpang sehari adalah 350,000 orang dan jumlah keseluruhan adalah lebih 2.4 juta jemaah untuk 7 hari operasi.

Post a Comment

0 Comments