Full Width CSS

UMNO Wangsa Maju Ada Telor Ker Nak Bidas MCA?


Presiden MCA Liow Tiong Lai kata MCA dah bersedia nak gempur kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU akan datang. Secara peribadi, saya sendiri rasa tak tahu sama ada nak ketawa ker atau nak menangis apabila MCA tiba² berikrar nak tewaskan warga tua dari DAPig tersebut.

Oleh yang demikian, MCA telah membuat pengumuman untuk 'merampas' terlebih dahulu kuota kerusi yang telah diberikan kepada UMNO sebelum ini sebelum menjayakan cita² murni mereka ini.

GOOD LUCK diucapkan !!

Persoalannya..

Mengapa kenapa tiba² pula MCA bersuara nak mengambil semula kerusi Wangsa Maju yang sebelum ini diserahkan bulat² kepada UMNO tanpa diambil kisah langsung oleh mereka? Kenapa hari ini?

Adakah MCA merasakan masih boleh memenangi salah satu kerusi di Kuala Lumpur ini? Sedangkan pada PRU lepas pun MCA gagal menyumbangkan mana-mana kerusi kepada Barisan Nasional (BN) di Wilayah Persekutuan bahkan hanya beberapa kerusi yang boleh dikira dengan jari saja seluruh Malaysia.

Umum ketahui gerakan kempen pada PRU 13 yang lepas diketuai oleh Dato' Dr. Shafei Abdullah, Ketua UMNO Wangsa Maju telah banyak disabotaj ahli² MCA sendiri. Mereka hanya berpeluk tubuh memerhatikan dari jauh usaha macai² UMNO berkempen siang hingga ke malam membanting keringat cuba memenangi undi dan kepercayaan dari kaum Cina & India.


Akhirnya results yang keluar pada lewat petang hari pengundian, membuktikan usaha bersungguh² macai UMNO membuahkan hasil walaupun tidak memenangi kerusi parlimen tetapi majoriti yang keluar mengundi telah meningkat menjadi 86% berbanding sebelumnya hanya 72% sahaja.


Pertambahan pengundi baru berdaftar antara 2008 dan 2013 meningkat sebanyak 13,266. Daripada jumlah tersebut, UMNO berjaya menarik sokongan 6,643 (52%) pengundi baru berdaftar menjadikan jumlah keseluruhan undian kepada UMNO sebanyak 26,130. Ini adalah peningkatan undian kepada BN secara positifnya walaupun tewas.

So secara kasarnya, UMNO berjaya !

MCA tidak boleh melihat keputusan PRU 2008 sebagai penanda aras sokongan rakyat kepada mereka. Apa yang MCA perlu lihat dan kaji adalah penurunan sokongan kaum Cina sendiri terhadap mereka.

Mengapa sokongan itu menurun? Saya dan para pembaca sekalian yakin sehingga ke hari ini MCA tidak mempunyai jawapan akan hal tersebut. Ia masih terus menjadi misteri yang tidak berkesudahan kepada MCA. Pada hemat saya, jawapannya adalah mudah iaitu MCA tidak buat kerja untuk dapatkan undi daripada kaum mereka. 

Saya pasti sudah sampai masanya UMNO Wangsa Maju tampil ke hadapan dan perjelaskan kepada Presiden BN Dato' Sri Najib Tun Razak dan kepimpinan parti mengenai kepincangan politik dalaman antara UMNO dan MCA selama ini yang tidak pernah membantu kempen memenangi hati pengundi semenjak UMNO diumumkan sebagai calon PRU lepas.

UMNO Wangsa Maju perlu berani mempertahankan hak mereka sebagai orang yang lebih layak menerajui parlimen tersebut sehingga selepas PRU 14 akan datang. Sekiranya MCA mahukan kerusi tersebut maka mereka perlu membuktikan dahulu gerak kerja yang lebih bersepadu berbanding UMNO selama ini. Jika MCA boleh buktikan mereka jauh lebih baik, lakukan dahulu dengan apa cara sekali pun.

Sekali lagi nak tanya, beranikah UMNO Wangsa Maju bidas kaw kaw MCA?

Post a Comment

0 Comments