Full Width CSS

Lelaki Bermotorsikal Melepaskan Tembakan Ke Arah Polis Di Dalam Pondok - Bernama #Jakarta


Beberapa siri letupan dilaporkan berlaku di sebuah pondok polis di hadapan Sarinah Mall di Jalan M.H Thamrin di sini hari ini.

Menurut seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Fandi, dia berada tidak jauh dari tempat kejadian dan ternampak beberapa lelaki yang menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah polis di dalam pondok polis berkenaan.

Katanya dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, berlaku berbalas tembakan antara polis dengan lelaki yang tidak dikenali itu, diikuti letupan di pondok polis dan di luar bangunan Sarinah Mall.

Sekurang-kurangnya tiga mayat ditemui tergelempang di tempat kejadian. Polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian ini dan kawasan itu kini dikepung polis. - BERNAMA

Video amatur menunjukkan kejadian tembak menembak antara Polis dan beberapa lelaki. Bom yang dibawa meletup di hadapan mereka.



Post a Comment

0 Comments